Tuesday, November 1, 2016

Pelancong Australia Hilang 10 Hari Lalu Ditemui Selamat

MIRI: Pada 20 Oktober lalu, seorang pelancong Australia yang dikenali sebagai Andrew Gaskell dilaporkan hilang di Taman Negara Mulu kini ditemui selamat.

Menurut pasukan pencari dan penyelamat, mereka telah melakukan carian di puncak Mulu dengan memulakan perjalanan secara solo. Akhirnya, usaha carian mereka berhasil apabila Andrew telah ditemui. 

"Ya, dia telah diselamatkan," kata Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri Superintendan Law Poh Kiong.
Butiran tentang di mana dan bagaimana dia ditemui masih tidak lengkap kerana pasukan penyelamat masih berada di Mulu. Mereka tidak dapat terbang keluar kerana cuaca buruk.


Gaskell tiba di wad kecemasan Hospital Miri kira-kira pukul 3 petang tadi selepas diterbangkan keluar dari Mulu dengan helikopter.

Lebih daripada 60 anggota terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat, termasuk dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, pasukan pertahanan awam, serta renjer Perhutanan Sarawak.

Taman Negara Mulu mempunyai rangkaian gua yang luas, sungai bawah tanah dan gunung yang curam, serta dinding batu kapur yang tajam.

Pelancong Australia Hilang 10 Hari Lalu Ditemui Selamat Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.