Monday, November 7, 2016

MENGEJUTKAN! Bekas Peserta PU Didakwa Cederakan Penceramah Bebas Wanita

PETALING JAYA: Bekas peserta program Pencetus Ummah (PU) musim kedua iaitu Ahmad Faiz Hafizuddin Alias, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencederakan seorang penceramah bebas wanita pada September lalu. 

Ahmad Faiz, 27, yang juga pemenang tempat kedua program berkenaan, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah. 


Berdasarkan kertas pertuduhan, Ahmad Faiz didakwa mendatangkan kecederaan terhadap Nurul Intan Sakinah, 29, atas sebab bangkitkan kemarahan di Pondok Rumi Sufi Jawi, Tingkat 2, Jalan Pekaka 8/4, Seksyen 8, Kota Damansara di sini, jam 2.30 petang, pada 26 September lalu. 


Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 335 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum empat tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

Sementara itu, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Disember ini untuk sebutan semula kes.

MENGEJUTKAN! Bekas Peserta PU Didakwa Cederakan Penceramah Bebas Wanita Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.