Sunday, November 6, 2016

LUAHAN SAYU Jalaludin Hassan Atas Kehilangan Isteri Tercinta Sangat Meruntun Jiwa!

Semalam isteri kepada pelakon veteran, Datuk Jalaludin Hassan iaitu Datin Hashimah Mad Ehsan telah meninggal dunia kira-kira jam 3 pagi kerana mengalami komplikasi pembedahan jantung. Kehilangan arwah memberi kesan yang mendalam kepada keluarga Jalaludin. 

Jalaluddin, 62, berkata, sepanjang hampir 40 tahun hidup sebagai suami-isteri, Allahyarham menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dengan baik selain tidak pernah bersangka buruk terhadapnya.

LUAHAN SAYU Jalaludin Hassan Atas Kehilangan Isteri Tercinta Sangat Meruntun Jiwa!
"Dia adalah wanita dan isteri terbaik yang pernah hadir dalam hidup saya dan sukar sebenarnya saya menerima kehilangannya ini.
"Tetapi saya reda dengan ketentuan Allah tambahan pula sejak 40 tahun kami berkahwin, arwah sudah memberikan yang terbaik kepada saya dan keluarga.
"Tidak pernah sekali dia mengabaikan tanggungjawabnya malah dia sentiasa bersangka baik walaupun saya adakalanya memberinya cabaran," katanya.
BACA: PESANAN TERAKHIR Isteri Kepada Jalaluddin Hassan Dan Anak-Anak Sebelum Meninggal Dunia Bikin SEBAK!

LUAHAN SAYU Jalaludin Hassan Atas Kehilangan Isteri Tercinta Sangat Meruntun Jiwa!

 Dalam pada itu, Jalaluddin berkata, sejak Ogos lalu, isterinya sering keluar masuk hospital kerana masalah paru-paru berair sebelum dimasukkan ke PPUKM sejak 5 Oktober lalu akibat penyakit jantung.

Katanya lagi, pembedahan membuka saluran jantung tersebut berjalan lancar namun akibat masalah paru-paru berair dan kencing manis ia memberi komplikasi.
"Semuanya berjalan dengan baik pada awalnya malah doktor memberitahu lima saluran jantung dapat dibuka dengan baik.
"Bagaimanapun dengan pelbagai komplikasi, jantung isteri saya lemah sebelum disahkan meninggal dunia," jelasnya.
Jenazah Allahyarham dikebumikan selepas solat Zohor pada Sabtu di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat dekat sini. Pasangan itu yang berkahwin pada 1976 mempunyai lapan cahaya mata dan 14 cucu.

LUAHAN SAYU Jalaludin Hassan Atas Kehilangan Isteri Tercinta Sangat Meruntun Jiwa!


LUAHAN SAYU Jalaludin Hassan Atas Kehilangan Isteri Tercinta Sangat Meruntun Jiwa! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.