Sunday, November 6, 2016

Luahan Sayu Aisyah, Anak Mangsa Dihempap Kren Buat Ramai SEBAK!

Jumaat lalu, sepasang suami isteri maut selepas kereta yang dinaiki mereka dihempap kren cerucuk statik yang tumbang berdekatan tapak pembinaan, di Bandar Bukit Raja kira-kira jam 12.30 hari.

Luahan sayu Anak kepada pasangan Abd Rahim Abd Rahman, 61, dan Nurhayati, 56 yang maut dalam tragedi kren tumbang di Setia Alam Jumaat lalu membuat ramai sebak.


Wanita itu dikenali dengan nama Aisyah meluahkan rasa sedihnya dilaman sosialnya, apa yang berlaku sekelip mata dia kehilangan ayah dan ibunya.


Aisyah mendapat berita sedih itu melalui aplikasi WhatsApp daripada sahabatnya mengenai apa yang menimpa ayah dan ibunya.


Paling menyentuh hati apa yang diceritakan oleh saksi di Aplikasi WhatsApp adalah "Masa saya tutup Jenazah Ayah dan ibu Aisyah radio masih memainkan ayat suci Al Quran".

Semoga Aisyah tabah menerima dugaan ini dan semoga roh arwah ayah dan ibu Aisyah tenang di sana, salam takziah dari kami. Al fatihah 

Luahan Sayu Aisyah, Anak Mangsa Dihempap Kren Buat Ramai SEBAK! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.