Sunday, November 6, 2016

Laporan Polis Dibuat Terhadap Syed Saddiq Ekoran Lantang Bersuara

Beberapa hari lalu, Syed Saddiq bekas pendebat kebangsaan dengan beraninya telah mengeluarkan surat terbuka kepada Sultan Johor selepas baginda melarang perhimpunan haram di negeri itu. 

Menyifatkan tindakan tersebut biadap, Syed Saddiq dia kini berdepan dengan tindakan polis setelah laporan dibuat oleh lapan badan bukan kerajaan (NGO).



Menurut Pengerusi Bazar Johor Bahru yang juga merupakan Persatuan Peniaga Pasar Karat, Mohammad Salezan Mohd Salleh, tindakan Syed Saddiq yang mempersoalkan pengharaman demonstrasi jalanan di negeri itu seolah-olah dia cuba menentang perintah Sultan Ibrahim.
"Dia cuba untuk mengajar Tuanku (Sultan Johor) tentang undang-undang negara dan menentang titah baginda yang melarang Bangsa Johor untuk tidak mengambil bahagian dalam mana-mana demonstrasi jalanan.
"Sebelum mempersoalkan titah tuanku, Syed Saddiq pertama sekali perlu belajar dan memahami konsep Bangsa Johor," katanya.

Syed Saddiq sebelum ini melalui laman sosial Facebooknya mengeluarkan surat terbuka kepada Sultan Ibrahim, menyatakan pandangan beliau tentang demonstrasi jalanan selepas baginda melarang perhimpunan haram di negeri itu.

Laporan Polis Dibuat Terhadap Syed Saddiq Ekoran Lantang Bersuara Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.