Tuesday, November 1, 2016

Kisah Sebenar Viral Gambar Wanita Duduk Atas Bumbung Kereta

Seorang pemandu teksi kehairanan apabila terlihat seorang wanita terduduk di atas bumbung teksinya.

Pemandu teksi tersebut, Rajendaran terlibat dengan satu kemalangan yang membabitkan teksinya dan sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang wanita berusia 50-an.

Difahamkan, wanita tersebut tercampak sebelum terduduk diatas bumbung teksi tersebut.

Kejadian yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Lebuhraya Butterworth-Kulim, Jalan Lunas petang itu menjadi viral setelah gambar kejadian dimuat naik di Facebook.

"Saya hairan di mana penunggang motosikal itu, namun ketika menoleh ke atas saya terpandang seorang wanita terduduk dia atas bumbung teksi saya.
"Saya kemudian pergi ke arah wanita itu dan membantunya turun dari bumbung teksi selain melihat jika ada sebarang kecederaan dialami, namun wanita itu hanya memaklumkan sakit di bahagian tangan dan kaki serta masih trauma," kata pemandu teksi, L Rajendran,48.

ARTIKEL MENARIK:- Dikurung Dalam Almari Selama 3 Tahun, Lihat Apa Yang Terjadi Kepada Kanak-Kanak Ini SANGAT MENGEJUTKAN!

Rajendran berkata, ia pengalaman kemalangan paling mengejutkan, namun lega tidak membabitkan kecederaan atau kematian.
"Selepas terdengar bunyi dentuman kuat saya terus memberhentikan teksi dan bergegas keluar untuk mencari mangsa kemalangan.
"Ketika itu saya ternampak sebuah motosikal terbalik di belakang teksi dan cuba mencari penunggangnya, sebelum terkejut apabila melihat seorang wanita dalam keadaan terduduk di atas bumbung teksi," katanya.

Kisah Sebenar Viral Gambar Wanita Duduk Atas Bumbung Kereta Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.