Wednesday, November 9, 2016

Kes Pelajar Didenda Duduk Atas Tar, Lelaki Ini Kongsi Kisah Dikenakan PELBAGAI Denda Oleh Guru Dahulu Buat Dia Kini Jadi 'Manusia'

Nampaknya semalam kecoh apabila persatuan ibu bapa tidak berpuas hati anak mereka didenda duduk atas jalan tar gara-gara datang lewat ke sekolah sekaligus menjadi bualan hangat di media sosial.

Rata-rata netizen menyifatkan denda yang dikenakan adalah perkara biasa dan tidak keterlaluan oleh pengetua sekolah berkenaan. Bahkan mereka menyifatkan sikap ibu bapa sebeginilah yang akan membuatkan anak semakin manja dan tidak kuat mental.


Tampil seorang netizen menerusi laman Facebooknya Mohammad Airie Firdaus menceritakan pengalamannya dikenakan pelbagai denda oleh gurunya dahulu. Walaupun hukuman yang dilakukan agak berat, tetapi mereka terimanya sebagai pengajaran membuatkan mereka kini menjadi orang.


Terbaca berita budak budak sekolah didenda,ayat buat teruk sangat.

Teringat masa saya sekolah di SMAYK dulu,warden asrama kami bekas komando dan guru disiplin pulak bekas juara tomoi.

Kat asrama dulu,boleh kata tiap tiap pagi kami bangun subuh hanya sekali jerkah ja dengan bekas komander ni.terus kelam kabut capai tuala timba bagai berlari mandi 5 minit.kadang kadang kena beratur sebelum naik musolla.warden pernah check sapa tak mandi pagi.

Pernah ada sorang kawan kantoi.akibatnya dia terpaksa berendam dalam sungai sebelah asrama kami dengan baju teluk belanga kain pelikat yang dia pakai sambil di maki hamun warden.budak budak dalam musolla hari tu ada semayang subuh sambil gelak setiap kali dengar warden maki hamun kawan ni.

Denda kantoi cha (rokok tembakau) lagi sempoi.warden kami ni rendam tembakau penuh jag dan paksa minum sampai licin.muntah hijau la jawabnya.haha

Setiap pagi sebelum pi kelas,kami akan lalu disebelah bilik warden ni yang tak sunyi dengan bunyi penampar,penumbuk dan maki hamun pada mangsa berkenaan.hari hari macam tu.


Sebelum keluar ke kelas,cadar katil mesti kemas.disiplin macam askar.penah sampah dalam tong sampah bilik saya cuma setengah saja.datang warden terus tuang tong sampah ni di tengah tengah bilik kami.peraturan kami tong sampah mesti kosong setiap pagi.bravo.apa lagi semua pakat kutip dan buang masa tu jugak.

Kalau rasa nak meleh ayaq mata masa kena toucher dalam tamrin,yang ni jauh lebih gila lagi.5 tahun saya hidup macam ni.masa tu tak da sapa yang report kat mak ayah maupun polis.sendiri bikin hal sendiri tanggung.

Banyak kelebihan yang saya dapat dari sistem tarbiah macam ni.tepat waktu,disiplin tinggi dan peka arahan.

Berikut adalah antara beberapa reaksi netizen berhubung perkara ini.



Sumber asal : Siakapkeli

Kes Pelajar Didenda Duduk Atas Tar, Lelaki Ini Kongsi Kisah Dikenakan PELBAGAI Denda Oleh Guru Dahulu Buat Dia Kini Jadi 'Manusia' Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.