Sunday, November 13, 2016

Kecoh Rumah Tangga Dikatakan Goyang, TINDAKAN Farid Kamil Ini Seakan MENJAWAB Segala Persoalan!

Baru-baru ini kecoh apabila dikatakan rumah tangga Diana Danielle dan Farid Kamil goyang. Lebih panas apabila Diana dikatakan hadir ke Mahkamah Syariah. Ini lantaran kekecewaannya terhadap apa yang berlaku dalam kehidupannya dengan aktor berkenaan. Diana turut mengakui segala masalah turut berpunca daripada dirinya, memandangkan tempoh perkahwinan mereka yang baru mencecah usia empat tahun. 


Meskipun kisah mereka heboh diperkatakan di media sosial namun kedua-dua mereka masih mengunci mulut. Tidak satu kenyataan dikeluarkan, biarpun sehari dua ini, berpusu-pusu media cuba mengorek rahsia.

Malah ketika Diana meluahkan kekecewaan kepada media, Farid pula cuba memberi justifikasi berbeza. Menerusi laman sosialnya, lelaki ini masih rancak memuat naik gambar dan status seolah-olah masih lagi utuh. Malah, peminat juga masing-masing meninggalkan komen positif mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka.

ARTIKEL MENARIK:- Isu Ciplak Lagu Hidup Dalam Mati, Ini Penjelasan Dari Syamel MENGEJUTKAN!


Biarpun Farid tidak menjawab sebarang panggilan daripada media untuk mengesahkan khabar yang tersebar itu, pelakon Evolusi KL Drift ini seakan mahu menjawab persoalan hanya dengan gambar yang dimuat naik itu. 

Apa cerita sebenar, tiada siapa yang dapat mengesahkan apa-apa. Masing-masing mendiamkan diri biarpun pelbagai spekulasi tercetus yang sedikit sebanyak mencemarkan nama baik pasangan tersebut.


Diana dalam pada itu juga mengakui lumrah hidup berumah tangga, ada turun naiknya. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. 

Untuk info, kedua pasangan ini selamat mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhamad, 3 dan juga Aurora, 1.


Rumah tangga pasangan ini tidak pernah lari daripada kontroversi. Bermula daripada perselisihan faham antara Farid dan ibu mertuanya, Norsiah Ramli semenjak awal pernikahan lagi, ia bagaimanapun dilihat berakhir pada tahun-tahun terawal perkahwinan pasangan ini yang dilihat begitu bahagia.

Sehinggalah Diana mengesahkan kepada sebuah akhbar hujung minggu lalu dia ada pergi ke Mahkamah Syariah, perihal mereka mula diperkata. Bagaimanapun Diana tidak mahu mendedahkan atas tujuan apa dia ke mahkamah. Pun begitu, pelbagai spekulasi tercetus mengatakan kononnya rumah tangga mereka kini bagaikan telur di hujung tanduk. 


Namun, harus diingat, selagi tiada kata putus atau apa juga kenyataan yang keluar daripada mulut pasangan tersebut, tidak usah kita mencetuskan apa juga provokasi mahupun cerita sendiri. Semoga kembali aman buat pasangan ini.

Kecoh Rumah Tangga Dikatakan Goyang, TINDAKAN Farid Kamil Ini Seakan MENJAWAB Segala Persoalan! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.