Sunday, November 6, 2016

Kawan Saya Tanya Kenapa Ayah Dah Berubah Tak Jadi Pelakon? MashaAllah! Ini Jawapan Anak Zul Yahya MERUNTUN JIWA Ramai

Perkongsian video perbualan pelakon dan pengarah filem, Zulkifli Yahya atau Zul Yahya, 43, dengan anak perempuannya berhubung penghijrahannya benar-benar meruntun jiwa sesiapa yang menonton.


Menerusi perkongsian video di Instagram miliknya, anak perempuan Zul Yahya yang bernama Arissa berkata, ayahnya sudah tidak menjadi pelakon kerana hendak membimbing mereka sekeluarga ke syurga.
"Tadi kawan saya tanya kenapa ayah awak sudah berubah tak jadi pelakon lagi... lepas itu saya pun cakap sebab kita orang semua nak masuk syurga," ujar Arissa dalam video berkenaan.
Bagi menghuraikan apa yang diperkatakan Arissa itu, Zul Yahya berkata, "benar nak masuk syurga kena buat kebaikan untuk agama ALLAH, kena buat baik, kena jadi umat yang soleh dan taat kepada agama ALLAH, berubahlah untuk mendapat kebaikan di akhirat... nikmat-nikmat yang luar biasa, tiada nikmat yang sebaiknya daripada nikmat syurga ALLAH," katanya lagi menerusi perkongsian itu.
ARTIKEL MENARIK:- BIODATA Penuh Aiman Tino Penyanyi Lagu Ku Rela Dibenci, Ternyata BUKAN CALANG-CALANG ORANG!

Ujar Zul Yahya lagi, sekiranya seseorang itu memilih untuk masuk syurga, maka perlulah mereka berubah ke arah yang baik.
"Nak dapat syurga kenalah berubah ke jalan ALLAH," katanya.
Video yang berdurasi kurang seminit itu ditonton oleh lebih 20,000 pelayar dan mendapat pelbagi komen positif daripada netizen alam maya.

A video posted by Zul Yahya (@zulyahya70) on

Kawan Saya Tanya Kenapa Ayah Dah Berubah Tak Jadi Pelakon? MashaAllah! Ini Jawapan Anak Zul Yahya MERUNTUN JIWA Ramai Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.