Saturday, November 5, 2016

Justin Timberlake Akui Banyak Perubahan Berlaku Selepas Bergelar Bapa

Justin Timberlake ketika ini sedang menjalani hari-harinya dengan kebahagiaan. Rumah tangga yang dibina bersama aktres Jessica Biel sejak 2012 tambah berseri dengan kehadiran anak sulung mereka yang diberi nama Silas Randall yang kini berusia dua tahun.


Sejak bergelar bapa, Justin mengaku banyak perubahan yang dirasakannya. Bukan hanya rutin hariannya yang berubah malah perubahan juga dirasakan dalam pekerjaannya.


Bekas kekasih Britney Spears ini menceritakan perubahan yang dirasainya itu ketika di wawancara oleh dengan majalah Variety, baru-baru ini.


Menurut pelantun lagu Can't Stop The Feeling! ini, dia mengaku lebih mementingkan keluarga berbanding kerjanya.
"Hidup saya berubah dan terus berubah. Jadi penting bagi saya untuk memilih tawaran atau kerja yang mana saya boleh terima di saat saya harus meluangkan waktu bersama keluarga. Saya menolak mengadakan konsert jelajah kerana bimbang saya akan rindu pada anak dan isteri saya," katanya.

Bukan hanya keluarga yang berharga bagi Justin, malah peminat juga antara yang diutamakan. Penghibur berusia 35 tahun ini bahkan menganggap peminat adalah sebuah hadiah yang berharga.

Justin Timberlake Akui Banyak Perubahan Berlaku Selepas Bergelar Bapa Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.