Tuesday, November 8, 2016

Isu Pelepasan Cukai, Akhirnya Nora Danish BUKA MULUT Dedah Perkara Sebenar!

Semalam pelakon Nora Danish teruk dikecam netizen di laman sosial gara-gara cadangan beliau untuk meminta pelepasan cukai bagi menampung kos penampilan diri sejajar dengan status mereka sebagai seorang selebriti di tanah air ini menjadi viral.

Namun, cadangan Nora itu telah menimbulkan perang mulut di kalangan masyarakat kerana ianya satu saranan yang tidak masuk akal dan disifatkan sebagai pentingkan diri sendiri.

“Bagi saya sebagai rakyat Malaysia memang ini adalah tanggungjawab kita [membayar cukai]. Cuma apa yang saya harap ada sikit pelepasan buat selebriti macam kami ini. Bukan apa, dalam waktu sekarang kami banyak mengeluarkan wang untuk penampilan diri,” katanya.
ARTIKEL MENARIK: Komen SENTAP Ogy Ahmad Daud Tentang Penyingkiran Elly Mazlein Cetus Kritikan Netizen Bikin PANAS!!

Ekoran teruk dikritik oleh netizen, Nora yang kini berada di Korea Selatan telah menafikan kenyataan tersebut dan mendedahkan bahawa pihak media telah memutarbelit kenyataannya itu.

Isu Pelepasan Cukai, Akhirnya Nora Danish BUKA MULUT Dedah Perkara Sebenar!
“Isu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), tidak buat salah pun kena marah. Ini mesti ada yang putar belit penyampaian Nora. Tidak apa, saya dalam perjalanan pulang ke Malaysia, Nora akan periksa siapa yang cuba sensasikan berita ini,” tulisnya di akaun laman sosial.
Isu Pelepasan Cukai, Akhirnya Nora Danish BUKA MULUT Dedah Perkara Sebenar!

Apapun, kita tunggu penjelasan lebih lanjut dari Nora berhubung isu ini apabila tiba di tanah air nanti. 

Isu Pelepasan Cukai, Akhirnya Nora Danish BUKA MULUT Dedah Perkara Sebenar! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.