Sunday, November 13, 2016

Isu Ciplak Lagu Hidup Dalam Mati, Ini Penjelasan Dari Syamel MENGEJUTKAN!

Sebelum ini kecoh apabila lagu nyanyian Syamel AF2015 iaitu Hidup Dalam Mati diciplak dari penyanyi Ayai Ilusi. Malah, persamaan melodi lagu dalam industri muzik memang sering berlaku.

Susulan itu, Syamel menjelaskan bahawa isu ini telah selesai pada awal tahun lepas. Ayai mendakwa lagu Syamel hampir menyerupai lagu Ku Kejar Bayangan ciptaan Ayai sendiri. 

"Saya sebenarnya tak mahu perkara ini berpanjangan dan sudah pun diselesaikan secara baik dengan semua pihak, termasuk Ayai. Muktamadnya, lirik adalah ciptaan saya, manakala lagu pula nukilan bersama kami berdua. 
"Itu yang buat orang keliru sebenarnya. Masa itu, banyak lagu dan banyak melodi yang bermain dalam kepala. Mungkin wujud persamaan ketika saya mencipta Hidup Dalam Mati. 
BACA:  PANAS! Sekian Lama Berdiam Diri, Ayai Tampil DEDAH Lagu 'Hidup Dalam Mati' Karya CIPLAK Syamel

Ayai Ilusi
"Sumber rujukan saya juga terhad ketika itu hanya kepada orang di sekeliling sahaja. Tetapi mereka semua kata okay dan sebab itu yang saya teruskan," jelasnya. 
Menganggap apa yang berlaku ini satu pengajaran penting buat dirinya, penyanyi itu mengakui membuat lagu bukanlah satu kerja yang mudah. Banyak faktor yang perlu diambil kira untuk memastikan karya yang dihasilkan benar-benar asli dan tidak punya persamaan dengan lagu lain. 


Isu Ciplak Lagu Hidup Dalam Mati, Ini Penjelasan Dari Syamel MENGEJUTKAN! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.