Saturday, November 5, 2016

Isteri Jalaluddin Hassan Disahkan Meninggal Dunia, Inilah Punca Sebenar Kematian

Kira-kira jam 3 pagi tadi, isteri kepada pelakon veteran terkenal, Datuk Jalaluddin Hassan iaitu Datin Hashimah Aksan, 64 telah disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) kerana komplikasi pembedahan jantung. 

Perkara ini disahkan sendiri oleh Datuk Jalaluddin. Menurut beliau, pembedahan tersebut berjaya tetapi disebabkan penyakit lain isteri kesayangan beliau tidak berjaya diselamatkan. 

"Pembedahan yang dilakukan berjaya untuk membuka kembali saluran jantung. Namun, isteri mempunyai penyakit kencing manis dan masalah paru-paru memaksa doktor untuk mengawalnya ketika pembedahan. 
ARTIKEL MENARIK:  Gara-Gara Beri SURAT TERBUKA Kepada Sultan Johor, Ini TEGURAN PEDAS Boleh Buat Syed Saddiq MASAK!!!
"Saya dimaklumkan berlaku komplikasi selepas pembedahan dan doktor mengesahkan isteri saya meninggal dunia kira-kira jam 3 pagi tadi. 
"Jenazah sudah dibawa ke rumah dan akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat," katanya ketika dihubungi oleh BH Online. 
Hasil perkongsian hidup dengan Datuk Jalaluddin, pasangan ini dikurniakan lapan cahaya mata dan 14 cucu. Apapun, takziah kepada keluarga arwah dan semoga keluarga tabah hadapi dugaan ini. 

Isteri Jalaluddin Hassan Disahkan Meninggal Dunia, Inilah Punca Sebenar Kematian Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.