Wednesday, November 30, 2016

Inilah PUNCA UTAMA Ruhainies Nekad Tidak Mahu Berkerjasama Lagi Dengan Datuk Red!

Jika sebelum ini pelakon Ruhainies pernah dilanda kontroversi panas dengan suami kepada Adira AF, Datuk Seri Adnan atau lebih mesra dengan panggilan Datuk Red namun kali ini dia tidak mahu lagi pisang berbuah dua kali. 

Sejak gambar Ruhainies dengan Datuk Red tersebar meluas di laman sosial sehingga dikritik dan dikecam netizen, beliau akui ianya memberi kesan terhadap kerjayanya. 

Inilah PUNCA UTAMA Ruhainies Nekad Tidak Mahu Berkerjasama Lagi Dengan Datuk Red!

Oleh itu, Ruhainies nekad untuk tidak mahu bekerjasama lagi dengan syarikat Datuk Red dan memohon untuk mencari artis lain. 
“Sejak daripada kontroversi itu memang tiada apa-apa projek, tiada lagi hubunginya. Kalau boleh saya elakkan sebab sudah berlaku benda macam itu. Kalau kerjasama lagi akan jadi isu lain pula lepas ini. 
"Jadi saya tak mahu dan elak daripada benda ini timbul. Saya akan tolak kerjasama lagi. Mahu kesian pun nak buat macam mana, beliau kena faham.
ARTIKEL MENARIK:  Anjing Dari Unit Pengesan Terima Pingat 'Jasamu Dikenang'
“Banyak lagi artis lain yang beliau boleh ambil selain saya. Sebab suka, itu yang saya nak elakkan. Kalau suka-suka ini saya tak mahulah sebab saya muda lagi. 
"Bila kerja, saya nak kerja sahaja. Tak mahu ada isu peribadi dicampur adukkan. Kalau nama naik sebab sebab negatif, saya tak mahu,” jelasnya. 
Inilah PUNCA UTAMA Ruhainies Nekad Tidak Mahu Berkerjasama Lagi Dengan Datuk Red!

Terdahulu, Datuk Red menjadi perbualan orang ramai apabila sekeping gambar menunjukkan beliau merangkul erat pinggang Ruhainies ketika menaiki eskelator di sebuah pusat membeli-belah. 

Malah, dia sendiri mengakui tidak kisah dengan kejadian yang berlau dan menyukai pelakon itu serta berniat untuk ingin mengenali Ruhainies dengan lebih dekat lagi.

Inilah PUNCA UTAMA Ruhainies Nekad Tidak Mahu Berkerjasama Lagi Dengan Datuk Red! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.