Thursday, November 10, 2016

Inilah PUNCA SEBENAR Ruhainies Gerun Berlakon Di Sisi Ogy Ahmad Daud!

Dek kontroversi yang melanda pelakon veteran Ogy Ahmad Daud, pelakon Ruhainies mendedahkan menerima tawaran berlakon di sisi Ogy sebagai peluang keemasan buat bakat baharu yang masih 'hijau' seperti dirinya meskipun dia adalah pengkritik tegar. 

Biarpun pada awalnya gerun digandingkan dengan aktres serba boleh itu, pengalaman sepanjang menjayakan drama rantaian berjudul Jejak Karmila melengkapkan portfolionya sebagai pelakon. 

Inilah PUNCA SEBENAR Ruhainies Gerun Berlakon Di Sisi Ogy Ahmad Daud!
"Saya memegang watak sebagai anak kepada Kak Ogy dalam drama rantaian ini namun malangnya kami tidak mempunyai banyak babak bersama kerana dikatakan terpisah sejak lahir sejurus selepas berlakunya satu insiden. 
ARTIKEL MENARIK:  'Dia Pernah Berlakon Dalam Drama Arahan Saya & Saya Kenal Siapa Dia' – Ogy Pertahan Sindir Drama Elly
"Jujur saya katakan memang takut dan gerun bersilih ganti pada mulanya kerana merasakan diri ini terlalu kerdil dibandingkan dengan beliau. Alhamdulillah, Kak Ogy banyak memberi tunjuk ajar dan dia lebih selesa menjayakan watak dengan tidak terikat kepada skrip semata-mata. 
"Malah, saya ada bertanyakan kepada Kak Ogy sama ada berpuas hati atau tidak dengan babak kami. Pujian yang diberikan Kak Ogy membakar semangat saya untuk memberi yang lebih baik," katanya.
Inilah PUNCA SEBENAR Ruhainies Gerun Berlakon Di Sisi Ogy Ahmad Daud!

Drama 13 episod arahan Murali Abdullah terbitan Zeel Productions itu turut menjalani penggambaran di Balai Berita, Bangsar dan dijadualkan menemui penonton TV3 pada awal Disember depan. 

Inilah PUNCA SEBENAR Ruhainies Gerun Berlakon Di Sisi Ogy Ahmad Daud! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.