Tuesday, November 15, 2016

Inilah PUNCA SEBENAR Ameng Hilang Semangat Sehingga Hairan Masih Tidak Tersingkir Dari GV3!!

Jika anda menonton konsert Gegar Vaganza 3 (GV3) setiap minggu, pasti ada perasan Ameng sering melakukan kesilapan ketika persembahan iaitu lupa lirik ketika menyanyi. 

Ameng juga mendedahkan bahawa dia berasa hairan kenapa dia masih terselamat daripada disingkirkan GV3 meskipun banyak kesilapan yang dilakukakannya. 

Malah, ketika konsert lepas Ameng menjangkakan nama dia yang akan diumumkan keluar namun andaiannya itu meleset. 

Inilah PUNCA SEBENAR Ameng Hilang Semangat Sehingga Hairan Masih Tidak Tersingkir Dari GV3!!
"Saya sendiri pun hairan kenapa saya masih belum tersingkir walaupun sudah dua kali saya buat kesilapan lupa lirik sebelum ini.
"Sebenarnya minggu ini saya sudah agak akan terkeluar kerana kesilapan lupa lirik tetapi nampaknya rezeki saya masih di sini untuk bertanding," katanya.
Dalam pada itu, Ameng menjelaskan punca dia terlupa lirik kerana sikapnya yang tidak pernah serius ketika menyanyikan lagu milik penyanyi lain.

"Saya ingat lirik lagu itu tetapi mungkin kerana sikap tidak ambil berat dan ambil mudah menyebabkan saya jadi lupa.
"Ia bukan kesalahan orang lain sebaliknya kelemahan itu adalah daripada diri saya sendiri dan sebab itu saya pelik apabila masih bertahan," katanya.
Inilah PUNCA SEBENAR Ameng Hilang Semangat Sehingga Hairan Masih Tidak Tersingkir Dari GV3!!

Bahkan dia berasa tertekan sejak sertai GV3 kerana komitmen dan jadualnya yang padat malah Ameng berasa tidak bersemangat dan yakin akan terus melakukan kesalahan selepas ini.
"Jujurnya sebelum menyertai GV3 hidup saya tenang tetapi sekarang saya sering tertekan mungkin kerana faktor usia dan tidak lagi mampu bekerja terlalu keras.
"Saya yakin akan melakukan kesalahan sama lagi selepas ini kerana saya tahu kemampuan saya berada di tahap mana sekarang.
"Komitmen lain dan jadual padat setiap hari turut menambahkan tekanan sehingga saya berharap terkeluar kerana ingin meneruskan kehidupan," jelasnya.
Bagaimanapun kata Ameng, itu tidak bererti dia akan berputus asa sebaliknya peluang diberikan oleh pihak juri akan disahut dengan baik.

Inilah PUNCA SEBENAR Ameng Hilang Semangat Sehingga Hairan Masih Tidak Tersingkir Dari GV3!!
"Seperti peserta lain saya juga ingin bergelar juara cuma apabila ia mendatangkan kesusahan kita harus tahu bila hendak berhenti.
"Tetapi saya tidak pernah berputus asa dalam hidup dan peluang meneruskan perjuangan dalam GV3 akan tetap saya teruskan," katanya.

Inilah PUNCA SEBENAR Ameng Hilang Semangat Sehingga Hairan Masih Tidak Tersingkir Dari GV3!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.