Thursday, November 3, 2016

Inilah ALASAN SEBENAR Tarikh Keputeraan Sultan Perak Berubah Setiap Tahun Pasti Ramai Yang Tidak Tahu!!

Melalui perkongsian dari seseorang mendedahkan kenapa hari Keputeraan Sultan Perak tidak sama setiap tahun dan yang pastinya ramai yang tidak menyedari hal ini. Jom baca perkongsian tersebut. 

Buat yang tidak menyedarinya, tarikh Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk tahun 2016 jatuh pada 4hb November 2016, dan untuk tahun 2017 ia jatuh pada 3hb November 2017. Kenapa berbeza? Kenapa berlainan tarikh?

Inilah ALASAN SEBENAR Tarikh Keputeraan Sultan Perak Berubah Setiap Tahun Pasti Ramai Yang Tidak Tahu!!

Saya mula menyedari sebab musabab ini apabila Khatib pada Sholat Jumaat minggu akhir Oktober 2016 ada berpesan pada sidang jemaah Jumaat mengenai Hari Keputeraan Sultan Nazrin ini. Ada majlis bacaan Yassin dan juga tahlil akan dilakukan di seluruh masjid di negeri Perak. Dan saya difahamkan, ia akan menjadi acara tahunan apabila tiba tarikh hari keputeraan ke bawah duli Sultan.


Kenapa tarikh tersebut tidak seragam setiap tahun? Ini adalah kerana Hari Keputeraan atau Hari Ulang Tahun Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah akan disambut pada setiap Jumaat pertama dalam bulan November bermula dari tahun 2016. Ini adalah benar seperti dinyatakan di dalam siaran media yang dibuat oleh pihak istana di bawah:

Harap jangan pula terasa pelik bila tahun 2017 dapat tarikh lain dan tetiba cuti Perak jatuh pada tarikh yang tak sama.

Dan saya juga nak pesan dan warkan, pada setiap Jumaat pertama dalam November akan ada majlis bacaan Yassin dan juga doa selamat untuk Ulangtahun Sultan Nazrin iaitu sebelum Sholat Jumaat yang diadakan di setiap masjid di negeri Perak. Maka, semua rakyat negeri beragama Islam digalakkan untuk hadir awal pada hari Jumaat tersebut, sebelum bermulanya Sholat Jumaat untuk imarahkan dan meraikan majlis berkenaan.

Inilah ALASAN SEBENAR Tarikh Keputeraan Sultan Perak Berubah Setiap Tahun Pasti Ramai Yang Tidak Tahu!!

Inilah ALASAN SEBENAR Tarikh Keputeraan Sultan Perak Berubah Setiap Tahun Pasti Ramai Yang Tidak Tahu!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.