Monday, November 14, 2016

Indah Ruhaila Bersyukur Diri Terselamat Daripada Gempa Bumi Di New Zealand

Semalam gempa bumi berukuran 7.4 skala Ritcher dilaporkan telah melanda bandar Christchurch, New Zealand kira-kira pada pukul 12.02 tengah malam waktu tempatan.

Penyanyi Indah Ruhaila yang baru melancarkan single Semua Untuk Cinta  sepatutnya berangkat ke negara tersebut pada Jumaat lalu bagi menjalani penggambaran video muzik lagu terbaharunya.


Beliau dalam pada itu melahirkan rasa syukur apabila dirinya terselamat daripada menjadi mangsa bencana gempa bumi tersebut.


Bagaimanapun, finalis AF2013 itu bernasib baik kerana terpaksa membatalkan penggambaran tersebut disebabkan bertindih dengan raptai demi menjayakan persembahan sempena Anugerah Skrin 2016 (ASK2016) yang bakal berlangsung Jumaat ini.
"Patutnya 11 November lalu saya dah berangkat ke New Zealand bersama krew produksi tetapi terpaksa dibatalkan pada minit-minit terakhir selepas bertembung dengan sesi latihan serta raptai ASK2016.
"Tiba-tiba tadi kira-kira pukul 7 malam saya dapat tahu bahawa New Zealand dilanda gempa bumi. Ya Allah, terkejut saya dibuatnya.
"Apatah lagi apabila mengenangkan nasib krew produksi yang tetap meneruskan penerbangan ke sana memandangkan mereka ada urusan kerja lain yang perlu dilakukan," katanya.

Indah Ruhaila Bersyukur Diri Terselamat Daripada Gempa Bumi Di New Zealand Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.