Monday, November 7, 2016

IDENTITI SUSPEK & Kronologi Kes Remaja Lelaki Dikerat Ala Pembunuhan Mona Fandey Di Tangkak DIBONGKAR!!

TANGKAK – Misteri bau busuk yang menghantui penduduk Kampung Kesang Laut di sini sejak beberapa hari lepas akhirnya terjawab berikutan penemuan beberapa anggota badan remaja lelaki di dalam sebuah longkang di situ, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Mohad Idris Samsuri, anggota badan mangsa, yang dipercayai berusia bawah 20-an, ditemui seorang pemilik rumah semasa sedang membersihkan halaman rumahnya.


Beliau berkata saksi ternampak pergelangan kaki di dalam longkang itu lalu menghubungi polis kira-kira 3.15 petang.

Polis yang tiba untuk melakukan pemeriksaan kemudian menemukan lima bungkusan plastik mengandungi anggota badan yang dikerat kepada beberapa bahagian.
“Kepala mangsa tidak ditemui di dalam bungkusan berkenaan…ia ditanam tidak jauh dari lokasi penemuan anggota badannya,” kata beliau.
Mohad Idris berkata mangsa dipercayai dibunuh lebih daripada tiga hari berdasarkan keadaan mayatnya.

Setakat ini, identiti mangsa masih belum dikenal pasti berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan.

Berikut dinyatakan identiti suspek dan kronologi kes pembunuhan:-

1. Pengadu sedang bertugas di DCC IPD Tangkak Johor terima panggilan telefon daripada seorang lelaki Melayu memaklumkan ada terjumpa satu mayat.

2. Siasatan telah dijalankan di tempat kejadian dan didapati tempat kejadian merupakan kawasan perumahan kampung.

3. Terdapat jalan besar terletak kira kira 35 Meter daripada hadapan rumah tempat kejadian. Bahagian kiri dan kanan rumah di tempat kejadian merupakan kawasan tanaman pokok kelapa sawit.

4. Penghuni di dalam rumah di tempat kejadian yang terdiri 1 lelaki Melayu dan 2 perempuan Melayu tidak mengetahui tentang kejadian sebelum dilaporkan.

5. Kejadian hanya disedari oleh salah seorang anak menantu lelaki penghuni rumah yang pulang ke rumah lalu terbau busuk dan dapati bau busuk adalah daripada cebisan mayat yang ditemui yang telah dipotong.

6. Anak menantu lelaki penghuni rumah ialah Badrul Hisham 32 tahun, anggota D9 JSJ IPD Muar Johor Dan juga anak menantu lelaki pemilik rumah di tempat kejadian yang tinggal bersama sama pemilik rumah disebabkan isteri berpantang bersalin.

7. Badrul Hisham telah menemubual adik ipar lelaki yang merupakan ( suspek ).


8. Identiti Suspek:

-Muhammad Firdaus bin Hamzah
-umur 19 tahun
-Oku (ketidakupayaan masalah pembelajaran )

9. Hasil temubual ke atas suspek. Suspek ada berkawan dengan seorang janda perempuan Melayu lalu hubungan ini dilarang oleh mangsa.

10. Mangsa telah datang ke rumah suspek kira kira 4-5 hari yang lepas, lalu berlaku pergaduhan di antara suspek dengan mangsa.

11. Mangsa telah dipukul menggunakan senjata tajam dan tumpul, lalu mayat mangsa dikerat dan dimasukkan di dalam plastik hitam kemudian disembunyikan di bawah titi konkrit di hadapan rumah.

12. Semua anggota badan itu dihantar ke Hospital Tangkak dan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak.

IDENTITI SUSPEK & Kronologi Kes Remaja Lelaki Dikerat Ala Pembunuhan Mona Fandey Di Tangkak DIBONGKAR!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.