Monday, November 7, 2016

Elly Mazlein Dedah PUNCA SEBENAR Ingin Tarik Diri Sebelum Diumum Tersingkir Dari GV3 MENGEJUTKAN!

Semalam telah berlangsung pertandingan Gegar Vaganza 3 (GV3) minggu keempat yang diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam yang menampilkan 9 orang peserta yang tinggal.

Malangnya, Elly Mazlein telah diumumkan tersingkir kerana teknik vokal yang kurang mantap. Apa yang mengejutkan orang ramai apabila Elly meluahkan hasrat untuk tarik diri sebelum diumumkan tersingkir. 

lly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 36, berkata, keputusan untuk tidak meneruskan perjuangan di program berkenaan dibuat selepas berasa tersinggung dengan komen juri tetap Datuk Ramli MS.

Elly Mazlein Dedah PUNCA SEBENAR Ingin Tarik Diri Sebelum Diumum Tersingkir Dari GV3 MENGEJUTKAN!
"Secara jujur saya tersinggung dan kecil hati dengan komen Datuk Ramli MS yang menganggap saya hanya mendapat simpati pihak Astro untuk terus berada dalam program ini.
"Sebelum ini saya terima orang luar bercakap tentang itu, tapi bila Tok Ram (Ramli MS) sendiri yang bercakap, dia seperti mengiyakan apa orang cakap sebelum ini, saya sedih sangat," ujarnya.
Elly yang menyampaikan lagu Jangan Menangis Sayang duet dengan penyanyi Achong semalam telah nekad untuk tidak meneruskan perjalanan pada program tersebut sekalipun diberi peluang layak ke minggu hadapan.


Jika layak atau tidak ke minggu depan saya tetap ingin keluar dan tidak mahu terus berada dalam pertandingan ini.
"Saya masuk dalam program ini bukan untuk meraih simpati masyarakat terhadap kehidupan saya. Saya sedih bila perkara itu berlaku ketika bapa saya datang minggu ini semata-mata ingin menyaksikan persembahan saya," ujarnya.
Elly Mazlein Dedah PUNCA SEBENAR Ingin Tarik Diri Sebelum Diumum Tersingkir Dari GV3 MENGEJUTKAN!

Bagaimanapun, Elly berkata, dia tidak menyimpan sebarang perasaan marah dan dendam kepada juri tetap tersebut.

Katanya, dia akur keputusan yang diberikan dan berjanji untuk terus menyokong rakan-rakan lain yang masih bersaing di pentas GV3.
"Saya reda dan terima keputusan itu dengan lapang dada, tidak apalah saya anggap sebagai tiada rezeki lagi di sini. Biarlah saya fokus kepada lakonan sahaja selepas ini," ujarnya.

Elly Mazlein Dedah PUNCA SEBENAR Ingin Tarik Diri Sebelum Diumum Tersingkir Dari GV3 MENGEJUTKAN! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.