Thursday, November 3, 2016

Elizad DEDAH Punca Sebenar Terpaksa Tahan Keinginan Untuk Hamil

Setiap mereka yang mendirikan rumah tangga pastinya tidak sabar untuk menimang cahaya mata, begitu juga bagi pelakon Elizad.

Kini sudah mencecah 2 tahun Elizad mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Shamsul Baharin, 44, namun Elizad terpaksa menahan keinginannya untuk hamil. Semuanya demi kerjaya.


Elizad ketika ditemui ketika majlis pelancaran debut berjudul Hai Ya Ya, bintang siri Si Kolot Suamiku itu bagaimanapun akui tidak sabar menantikan detik dikurniakan cahaya mata.
“Sejujurnya, saya memang sukakan kanak-kanak kerana gelagat dan keletah mereka boleh hilangkan stres. Anak buah saya pun ramai, sebab itulah teringin untuk bermain dengan zuriat sendiri.
“Namun buat masa ini saya pendamkan dulu hasrat tersebut kerana terikat dengan kontrak lakonan yang menghalang saya untuk hamil. Alhamdulillah, suami pun tidak mendesak sebab dia dah ada dua anak hasil perkahwinan sebelum ini,” ujar Elizad menjelaskan situasinya.


Menurutnya lagi, dia kini sedang menjalani penggambaran telenovela Papa Ricky sebanyak 80 episod terbitan Global Station untuk siaran Astro Prima, saluran 105 sehingga Mei 2017.

Elizad menambah, karakternya yang lasak sebagai gadis ala tomboi bernama Zara memerlukannya menunggang motosikal berkuasa tinggi, sekali gus memaksa dirinya membuat perancangan keluarga.
“Bagi mengelakkan saya terhamil tanpa sengaja, maka termeterai perjanjian hitam putih antara saya dan pihak produksi yang wajib dipatuhi sehinggalah tamat penggambaran kelak,” selorohnya.

Elizad DEDAH Punca Sebenar Terpaksa Tahan Keinginan Untuk Hamil Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.