Sunday, November 13, 2016

EKSKLUSIF! Gambar MENARIK Sekitar Kemeriahan Majlis Resepsi Amyra Rosli & Amar Baharin Yang MEMUKAU Mata Ramai

Tepat jam 5.15 petang jumaat lalu, pelakon Amar Baharin dan juga Amyra Rosli selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Pasangan merpati sejoli ini dinikahkan bapa Amyra atau nama penuhnya Nur Amirra Izzati, Rosli Awang dalam majlis yang diadakan di Grand Ballroom, Premiera Hotel di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Sementara itu pula semalam telah berlangsung majlis resepsi bagi pihak pengantin perempuan Amyra Rosli. Pasangan popular yang sama cantik sama padan ini telah diraikan dengan begitu meriah sekali. Tema bagi Majlis Resepsi ini adalah Fairy Tale Wedding. Apa yang paling mencuri tumpuan adalah gaun yang dipakai Amyra Rosli semasa Majlis Resepsinya itu.

Amyra Rosli kelihatan begitu cantik dan menawan sekali mengenakan gaun ala Puteri Barbie fairytale berwarna coklat berkilauan hasil rekaan pereka terkenal Rizman Ruzaini. Amar Baharin juga kelihatan begitu segak sekali mengenakan busana ala putera diraja sedondon dengan isterinya itu. Gaun Amyra ini sangat memukau pandangan umum di saat langkah pertama dia memasuki majlis tersebut. Gaun kembang ala princess cinderella ini setanding  gaun pengantin Anzalna Nasir, Che Ta dan gaun isteri Aliff Aziz.


Bukan sahaja persalinan mereka ala fairytale tetapi pelamin dan kek perkahwinan mereka juga sangat gah, ini adalah kerana ianya juga  mengikut tema yang sama dimana keknya berbentuk bak istana dan pelaminnya pula nampak simple tetapi sangat eksklusif. Majlis ini juga dimeriahkan dengan kehadiran sanak saudara, ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan artis serta media.


Berikut penulis kongsikan beberapa keping gambar menarik sepanjang majlis resepsi tersebut berlangsung.





































Tahniah diucapkan kepada pasangan mempelai Amar Baharin dan Amyra Rosli. Semoga mahligai yang dibina kekal hingga akhir hayat serta dikurniakan cahaya mata yang comel! 

EKSKLUSIF! Gambar MENARIK Sekitar Kemeriahan Majlis Resepsi Amyra Rosli & Amar Baharin Yang MEMUKAU Mata Ramai Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.