Tuesday, November 1, 2016

Ekoran Insiden Tegur Najib, Soo Winci NEKAD Lakukan Perkara Ini!

Pelakon dan penyanyi Soo Winci kini bergelar doktor falsafah (PhD) selepas menerima ijazah itu dalam bidang Pengurusan Perniagaan pada majlis konvokesyen Universiti Terbuka Malaysia (OUM) yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam. 

Akhirnya selepas enam tahun berhempas pulas untuk mendapatkan gelaran tersebut, akhirnya beliau kini dipanggil sebagai Dr. Soo Winci. Tahniah diucapkan kepada beliau. 

Jika diimbas kembali insiden yang berlaku setahun yang lalu, Soo Winci pernah mencetuskan kontroversi apabila beliau memuat naik sebuah video yang meminta Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak meletak jawatan.

Ekoran Insiden Tegur Najib, Soo Winci NEKAD Lakukan Perkara Ini!

Perkara tersebut menimbulkan kemarahan segelintir pihak dan kesan daripada itu banyak penaja yang menarik tajaan mereka untuk konsertnya iaitu Inwinccible yang berlangsung pada 31 Oktober 2015 sehinggakan dia menanggung rugi.


Susulan itu, Soo Winci memberitahu dia tidak mahu lagi menyentuh dan memberi sebarang pandangan berkaitan politik yang boleh mencetuskam kontroversi dan memburukkan nama baiknya.
"Saya tidak akan campur atau beri apa-apa pandangan dalam bidang politik kerana saya tidak mahu perkara lama berulang kembali.
"Saya sudah lupakan kisah lalu itu dan yang pasti saya ingin menyumbang lebih banyak kepada negara," ujarnya kepada mStar Online.
Selain itu, katanya apa yang dilakukan ketika itu sebagai salah satu cara yang difikirkan terbaik tanpa memikirkan kesannya secara mendalam.
"Saya anggap ia sebagai proses, ya tahun lalu saya sering berfikir dan takut apa yang akan jadi pada negara tapi sebenarnya jika melakukan perkara yang betul semuanya akan jadi baik.
"Lebih baik sekarang saya fikirkan apa yang boleh saya lakukan untuk mengharumkan nama negara, itu lebih bagus," ujarnya.

Ekoran Insiden Tegur Najib, Soo Winci NEKAD Lakukan Perkara Ini!

Ekoran Insiden Tegur Najib, Soo Winci NEKAD Lakukan Perkara Ini! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.