Tuesday, November 8, 2016

Doktor SAHKAN Ustaz Kazim Elias Alami Pendarahan Usus Dan PUNCA Sebenar!

Doktor mengesahkan pendakwah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias mengalami pendarahan usus perut selepas prosedur endoskopi iaitu pemeriksaan bahagian dalam organ tubuh yang berongga dijalankan menggunakan alat endoskop di sebuah hospital swasta di sini kelmarin.


Menurut Abang beliau, Datuk Mohd. Naj­muddin, pendarahan itu akibat pengambilan ubat-ubatan yang berlebihan.


Berikutan itu, Ustaz Kazim terpaksa menghentikan pengambilan tiga jenis ubat untuk penyakit kencing manis, jantung dan darah tinggi.
“Menurut doktor, usus perut Ustaz Kazim mengalami luka akibat pengambilan ubat-ubatan berlebihan. Beliau memerlukan rehat dan tidur yang mencukupi agar dapat sembuh dengan segera.
“Keadaannya kini stabil walaupun agak lemah. Beliau juga boleh berjalan di sekitar wad, cuma buat masa sekarang, masih tidak dibenarkan keluar dari hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.
ARTIKEL MENARIK:- Isu Pelepasan Cukai, Akhirnya Nora Danish BUKA MULUT Dedah Perkara Sebenar!

Menurut Mohd. Najmuddin, beliau akan menggantikan adiknya itu pada ceramah yang telah ditetapkan jika dipersetujui oleh Ustaz Kazim dan pihak penganjur.

Katanya, walaupun mengalami masalah kesihatan, beliau yakin adiknya tidak akan berhenti daripada menjalankan aktiviti ceramah.

Takziah diucapkan kepada Ustaz Kazim Elias. Semoga cepat sembuh!

Doktor SAHKAN Ustaz Kazim Elias Alami Pendarahan Usus Dan PUNCA Sebenar! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.