Tuesday, November 15, 2016

Didakwa Kek Kahwin Amar Baharin & Amyra Rosli Berulat, Ini KISAH SEBENAR Yang Berlaku!

Sebelum ini kecoh apabila ada pihak mendakwa kek untuk majlis akad nikah pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli sudah berulat dan tidak boleh dimakan kerana ia sudah sebulan dibuat oleh pembuat kek terkenal, Anne Idris.

Susulan itu, Anne tampil menafikan tuduhan tersebut dan menjelaskan kek tersebut dibuat pada 10 November iaitu sehari sebelum majlis pernikahan pasangan itu berlangsung dan dia menggunakan bahan-bahan yang paling baik serta tahan lama berbanding kek biasa.


"Saya terkilan ada komen-komen negetif mengatakan kek tersebut sudah berulat kerana dibuat sebulan lalu seperti viral di laman sosial.
"Blog-blog yang menviralkan tentang kek tersebut tidak bertanya kepada saya terlebih dahulu.
ARTIKEL MENARIK:  Inilah PUNCA SEBENAR Ameng Hilang Semangat Sehingga Hairan Masih Tidak Tersingkir Dari GV3!!
"Sebulan yang saya maksudkan ialah persiapan untuk hiasan kek kerana saya perlu buat hiasan rama-rama bertatahkan batu swarovski.
"Untuk sebiji kek ia mempunyai kira-kira 11,000 biji batu swarovski jenis paling mahal dan ia bukan senang untuk dilekatkan," ujarnya.

Jelas Anne, dia menggunakan bahan daripada American chocolate yang boleh bertahan lebih dua minggu jika disimpan dengan baik.
"Kek begitu cantik memang rasa sayang nak makan, ada pelanggan saya sebelum ini makan kek itu selepas dua minggu dan ia disimpan dengan baik dalam peti ais.
"Sebab itu saya akan menggunakan bahan-bahan yang mahal dan boleh bertahan lama supaya ia boleh dimakan selepas selesai majlis," ujarnya.
Kek pernikahan Amar & Amyra
Wow kek pernikahan Amyra Rosli & Amar Baharin..mesti rasa sayang nak makan kan? ;) via IG @mymumsbakery LIKE & SHARE Media Sensasi
Posted by Media Sensasi on Sunday, 13 November 2016

Didakwa Kek Kahwin Amar Baharin & Amyra Rosli Berulat, Ini KISAH SEBENAR Yang Berlaku! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.