Thursday, November 10, 2016

Dek Tindakan Suami, Alyah Teruk Dikecam Netizen Sehingga Bertindak...MENGEJUTKAN!!

Gara-gara komen juri tetap Gegar Vaganza 3 (GV3), Datuk Ramli MS terhadap Elly Mazlein sehingga bertindak menarik diri dari pentas GV3 telah mencetuskan ketidakpuasan hati ramai pihak.

Malah, isteri Ramli yang juga penyanyi terkenal, Datin Alyah turut terima kecaman dan akan mengambil tindakan terhadap peminat setia penyanyi Elly Mazlein sekiranya masih menyerangnya di laman sosial.


Tindakan itu dirasakan jalan terbaik selepas dia turut menerima beberapa panggilan dan mesej berbaur kecaman.
“Setakat ini, saya masih boleh bersabar kerana apa yang berlaku ini hanyalah masalah kecil.
“Bagaimanapun sekiranya ada pihak cuba mengungut mahu menyimbah asid atau mengancam keselamatan, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis,” katanya.
BACA: Dek Komen 'Pedas' Tentang Penyingkiran Elly Mazlein, Ogy Ahmad Daud Bidas Kritikan Netizen Bikin SENTAP!!

Terdahulu keputusan drastik Elly meninggalkan program GV3 pada minggu keempat menimbulkan kemarahan peminat selepas penyanyi itu berasa hati dengan komen Ramli yang mengaitkan dirinya dengan isu ihsan atau belas simpati.

Alyah berkata, insiden itu telah menyebabkan dia menerima kecaman teruk di laman sosial dan menerima beberapa mesej serta panggilan telefon.
“Saya dihentam teruk di Instagram. Malah ada juga individu yang sanggup membuka akaun Instagram baru semata-mata mahu menghina saya dan suami.
“Lebih teruk, saya menerima panggilan telefon tanpa henti daripada individu tidak dikenali sejurus selepas program itu tamat bersiaran selain turut menghantar mesej supaya Ramli segera memohon maaf kepada Elly,” katanya. 

Dek Tindakan Suami, Alyah Teruk Dikecam Netizen Sehingga Bertindak...MENGEJUTKAN!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.