Tuesday, November 8, 2016

Dek Komen 'Pedas' Tentang Penyingkiran Elly Mazlein, Ogy Ahmad Daud Bidas Kritikan Netizen Bikin SENTAP!!

Semalam bukan sahaja Nora Danish menjadi tumpuan netizen malah penyanyi Elly Mazlein turut menjadi perbualan hangat netizen dek tindakan beliau mengundur diri dari pentas Gegar Vaganza 3 (GV3) sebelum diumum tersingkir telah mencetuskan ketidakpuasan hati peminat Elly.

Elly membuat keputusan tersebut disebabkan terasa hati dengan komen juri tetap iaitu Dato Ramli MS. Namun, disebalik isu ini terselit nama pelakon veteran Fauziah Ahmad Daud atau lebih mesra dengan panggilan Ogy apabila dia teruk dihentam netizen.


Semuanya berpunca selepas Ogy membalas komen pengikut di laman Instagram tentang persembahan Elly.


BACA: Komen SENTAP Ogy Ahmad Daud Tentang Penyingkiran Elly Mazlein Cetus Kritikan Netizen Bikin PANAS!!

Komen itu telah mencetuskan perbalahan Ogy dan netizen yang tidak bersetuju dengan pendapatnya. Namun, Ogy tidak berdiam diri dan membalas segala komen buruk tentangnya serta mempertahankan pendapatnya.


“Ini IG saya dan saya berhak utk menulis apa yang saya nak. You all tak suka saya dan tak suka baca komen saya tak perlu baca. Saya pun tak hard up nak jadi juri GV. Dan saya nak kais pagi ke, tak hidup mewah ke yang penting saya tak ganggu orang lain meminta-minta. 
"So you people that don’t like me that’s your problem and this is my IG. Go get a life. Yang duk cakap saya ni nenek suatu hari awak juga akan jadi nenek. End of story. Cerita saya berhijrah dan bertudung bukan urusan awak yang duk mengata.”

Dek Komen 'Pedas' Tentang Penyingkiran Elly Mazlein, Ogy Ahmad Daud Bidas Kritikan Netizen Bikin SENTAP!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.