Saturday, November 5, 2016

Buaya 'Sesat' Di Pusat Membeli Belah, Ini Kisah Sebenar Yang Berlaku!

KOTA KINABALU: Satu kejadian yang mengejutkan apabila seekor buaya sepanjang dua meter ditangkap selepas berkeliaran di depan pusat beli-belah Karamunsing di sini pada pagi tadi. 

Kejadian itu pada mulanya disedari oleh seorang pejalan kaki yang menyangka reptilia itu merupakan biawak gergasi.

Namun selepas mendapati haiwan tersebut merupakan seekor buaya, lelaki berkenaan menghubungi Jabatan Pertahana Awam (JPAM) untuk tindakan lanjut.



Pengarah JPAM Sabah, Kolonel Mulliadi Al Hamdi Ladin berkata, mereka dimaklumkan tentang penemuan buaya tersebut kira-kira pukul 2 pagi dan berjaya menangkap reptilia itu hanya dalam tempoh tiga minit.
"Buaya seberat 55 kilogram itu yang dipercayai dari kawasan pembentungan hujan, agak agresif," katanya.
Buaya itu dibawa ke pejabat JPAM sebelum diserahkan kepada jabatan hidupan liar. Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.


Buaya 'Sesat' Di Pusat Membeli Belah, Ini Kisah Sebenar Yang Berlaku! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.