Tuesday, November 15, 2016

Baru Sahaja Nikah, Inilah Yang Terjadi kepada Amar Baharin & Amyra Rosli Buat Ramai TAK SANGKA!

Bermula dari sahabat dan akhirnya bertukar perasaan kepada cinta. Itulah yang boleh disimpulkan dengan kisah percintaan pasangan Amar Baharin dan Amyra Rsoli.

Kedua pasangan ini selamat bergelar suami isteri pada 11 November yang lalu tepat jam 5.15 petang dengan hanya sekali lafaz. 

Pada majlis pernikahan, Amyra atau nama sebenarnya, Nur Amira Izzati Rosli, menerima mas kahwin sebanyak RM1,111 dengan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh untuk pengantin lelaki.


Bagaimanapun, pasangan ini merahsiakan jumlah wang hantaran kerana bagi mereka, apa yang penting majlis dapat dilangsungkan dengan lancar.

Majlis resepsi pasangan ini diadakan sehari selepas majlis pernikahan di lokasi yang sama.

Amyra dalam pada itu memanjatkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis perkahwinannya.
“Terima kasih kepada semua yang hadir dan ramai  rakan seperjuangan meluangkan waktu meraikan kami.
“Syukur semuanya berjalan lancar dan terima kasih juga kepada semua pihak terlibat dalam menjayakan majlis resepsi ini,” ucap Amyra yang cantik menyarung gaun kembang ilham pereka terkenal, Rizman Ruzaini.


Tema perkahwinan ala fantasi pasangan ini bukan sahaja meriah malah tampak mewah.

Sama cantik sama padan, Amar, 31, dan Amyra, 25, memukau setiap tetamu yang hadir pada malam resepsi.


Tetamu turut dihiburkan dengan persembahan hebat Jaclyn Victor yang mendendangkan dua lagu.

Rakan artis  seperti Saharul Ridzwan, Faezah Elai, Didie Alias, pengarah Michael Ang dan Azwan Ali antar yang hadir meraikan pasangan mempelai ini.

Sibuk menjelang raja sehari

Ditanya mengenai persediaan pasangan ini dalam menantikan detik disatukan sebagai suami isteri, Amar  akui amat menghargai sentuhan perancang perkahwinan dan ahli keluarga yang menguruskan segala persiapan kerana dia dan Amyra sibuk dengan aktiviti seni.
“Saya hanya sempat fokus seminggu sebelum tarikh nikah. Malah Amyra pun baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama, Isteri Tuan Ehsan di luar negara,” kata Amar yang bakal mengadakan majlis resepsi bagi sebelah pengantin lelaki di Ampang, pada 18 November ini.

Sementara itu, bagi Amyra pula, biar sesibuk mana sekalipun, komitmen mereka tidak berbelah bahagi kerana majlis itu adalah momen bersejarah dan yang pertama bagi mereka berdua.
“Pengalaman ini tak akan saya lupakan. Tiada kata yang boleh digambarkan selepas selamat disatukan.
“Rasa gembira dan terharu pada masa sama. Sebenarnya, saya tekad tidak mahu menitiskan air mata, tapi kerana aura dan bila lihat kedua-dua orang tua, hati jadi sayu.
“Syukurlah, semuanya dipermudahkan," jelas Amyra.
Dengan fasa kehidupan baharunya, Amar dan Amyra akan terus melayari bahtera dan kenangan yang indah sahaja.


Berkongsi mengenai perjalanan seni kedua-dua bintang drama popular ini pula,  mereka sepakat berehat seketika untuk mengisi masa bersama.
“Biarlah kami berehat sehingga hujung tahun dan selepas itu barulah merancang  untuk kembali  aktif dan memeriahkan dunia seni.
“Yang pasti lagu duet kami, Kisah Cinta Kita baru sahaja diperdengarkan dan harap peminat akan memberikan respons terbaik terhadap lagu tersebut,” kata Amar.
Lagu tersebut dicipta oleh DJ Fuzz & Zah Amirul, sementara liriknya ditulis Adik Viral.
“Kami juga tidak menghalang atau meletakkan sebarang syarat jika selepas ini ada tawaran yang memerlukan kami berlakon bersama pelakon lain. Kami akan saling menyokong kerjaya seni,” kata Amyra apabila diajukan persoalan mengenai perjalanan kerjaya mereka selepas ini.
Bagi Amar pula, dia amat yakin Amyra pasti tahu menjaga batas sebagai isteri malah mereka sepakat menjadi tulang belakang kepada kerjaya seni masing-masing.
“Saya percayakan Amyra dan sebagai suami, sudah tentu saya mengharapkan yang terbaik darinya,” kata Amar yang turut melahirkan rasa terharunya terhadap sokongan peminatnya.
Mereka berdua akan diraikan dalam majlis resepsi yang dirancang oleh peminat-peminat di Singapura tidak lama lagi.

Baru Sahaja Nikah, Inilah Yang Terjadi kepada Amar Baharin & Amyra Rosli Buat Ramai TAK SANGKA! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.