Sunday, November 13, 2016

Awal Ashaari Dedah PUNCA SEBENAR Lara Alana Lambat Bercakap

Beberapa hari lalu, kecoh di media sosial dengan isu anak kepada pelakon dan pengacara Awal Ashaari yang dikatakan lambat bercakap sekaligus menarik perhatian netizen. Ada yang memberikan respon positif tidak kurang juga memberikan respon negatif.

Awal Ashaari dalam pada itu memaklumkan perkembangan fizikal anaknya, Lara Alana, melebihi kanak-kanak seusia namun apa yang perlu diberi perhatian adalah kebolehan untuk bertutur.


Memetik laporan Malay Mail, Awal berkata walaupun Lara baru memasuki usia dua tahun namun berat dan ketinggiannya melebihi daripada biasa.
"Dari segi ketinggian, dia sudah 90 peratus lebih daripada kanak-kanak biasa. Berat badannya pula sudah 60 peratus lebih daripada budak seumurnya.
"Bila saya hantarnya ke sekolah, kawan-kawannya masih kecil tetapi dia sudah besar. Ada benda yang ke depan dan ada benda yang dia ke belakang,” katanya.

ARTIKEL MENARIK:- EKSKLUSIF! Gambar MENARIK Sekitar Kemeriahan Majlis Resepsi Amyra Rosli & Amar Baharin Yang MEMUKAU Mata Ramai

Sementara itu, mengulas mengenai masalah pertututuran Lara, menurut Awal penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu membuatkan anaknya sedikit keliru.


Katanya, masalah itu ditambah pula dengan dialek berbeza yang digunakan ibu dan ibu mentuanya untuk bermesra dengan Lara.
"Kami banyak bercakap dengannya cuma terlalu banyak bahasa yang digunakan. Saya cakap Melayu dan Inggeris.
"Pembantu rumah saya memang cakap Inggeris saja tak pandai cakap Melayu. Mak mentua saya cakap Kedah, mak saya guna bahasa biasa.
"Jadi banyak sangat bahasa yang dia dengar. Mungkin itu menyebabkan dia lambat bercakap,” katanya.

Awal Ashaari Dedah PUNCA SEBENAR Lara Alana Lambat Bercakap Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.