Wednesday, November 9, 2016

Atu Zero KONGSI Pengalaman Lucu Detik Timang Cahaya Mata Sulung

Pada pukul 9 tadi, pelawak Atu Zero dan isteri telah selamat menimang cahaya mata sulung mereka di Klinik Bersalin Razif, Klang.

Atu menjelaskan bahawa isterinya  Shafeeqa Johari melahirkan puteri sulung mereka melalui pembedahan.
“Alhamdulillah, isteri dan bayi kedua-duanya sihat. Isteri saya mengadu sakit perut petang semalam dan saya terus bawa dia ke klinik bersalin.
Atu Zero KONGSI Pengalaman Lucu Detik Timang Cahaya Mata Sulung
“Pukul 3.45 petang Eqa terus dimasukkan ke wad, cuma dia kena tinggal di hospital untuk beberapa hari kerana bersalin menerusi pembedahan dan perlu dipantau, mengikut prosedur biasa,” katanya.
Menurut Atu lagi, isterinya akan berpantang di rumah mereka di Kuala Lumpur dan dijaga oleh ibu Shafeeqa sendiri.


Namun disebalik detik-detik terindah bergelar seorang bapa, Atu berkongsi perasaan paniknya apabila doktor memberi penerangan dalam Bahasa Inggeris sebelum isterinya ke bilik pembedahan.
“Doktor cakap ‘orang putih’ ketika dia beritahu Eqa akan dibedah. Panik saya sekejap kerana tak faham. Nasib baik doktor Melayu, kalau ‘mat saleh’ langsung tak faham,” katanya ketawa.
Apapun, Atu turut berterima kasih kepada semua peminat telah yang mendoakan keselamatan isteri dan anaknya. Tahniah diucapkan kepada Atu dan isteri. 

Atu Zero KONGSI Pengalaman Lucu Detik Timang Cahaya Mata Sulung


Atu Zero KONGSI Pengalaman Lucu Detik Timang Cahaya Mata Sulung Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.