Wednesday, November 2, 2016

Aku Takde Duit Nak Beli Susu Anak, TERPAKSA Ambil Duit Dari GEREJA Kerana Minta Dengan Masjid Banyak Prosedur!

Sekadar perkongsian. Kalau boleh biarlah ianya sampai kepada pihak yang berkenaan. Benar, kita ada sistem. Tapi kalau boleh permudahkanlah sistem tersebut. Jangan sampai menyusahkan orang yang tengah susah.

Sebagaimana kisah dibawah, seorang bapa terpaksa meminta bantuan dari gereja gara-gara gagal mendapat bantuan dari pihak yang sepatutnya. Anda boleh baca kisah sepenuhnya seperti yang diceritakan dibawah.

Aqidah memang tidak boleh dijual beli tetapi mudah tergadai tanpa sedar. Masjid banyak duit. Tetapi pengurusan masjid buat duit masjid macam duit mereka sendiri. Curi RM2 kena penjara. Mungkin yang melidi duit tabung tu dalam kesempitan sangat.


Aku pernah masuk gereja dekat komplek Asia Jaya. Ada kotak transparent atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam-macam note. Aku belek buku. Lima ruang untuk diisi. Tarikh, nama, no tel, jumlah dan catitan.

Tiada duit beli susu anak…

Berbagai kaum punya nama ada dan memang aku mencari nama Melayu. Jumpa beberapa nama siap nombor talipon. Salah satu nama lelaki ambil RM50 uutuk beli susu anak.

Aku call nombor yang dicatat. Sembang beberapa minit. Baru kena berhenti kerja jaga masa tu.

Susah nak dapat bantuan pejabat Zakat…
“Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh gi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak dapat.
“Kawan India suruh pi gereja. Boleh terus ambik kemudian baru tulis nama. Saya pun pergi tempat tu dengan dia.”

Kenapa encik ambik lima puluh je. Bukan ada orang jaga pun?
“Entahlah. Tapi walaupun takde orang jaga tapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit untuk tambang pusing-pusing cari kerja.”
Terdiam aku sekejap.

Lepas tu encik?
“Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dengan nasi bungkus malam lima beranak. Pagi esok gereja talipon dan lepas tu saya pun dapat kerja jadi jaga di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri.”
Aku langsung teringat pada sorang pakcik yang sedang ronda tempat parking masa tu.

Encik masih kerja di situ?
“Dak dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja bagi modal. La ni saya meniaga gerai makan.”
Masjid patut boleh buat lebih baik dari gereja. Jangan bangga dengan jumlah terkumpul ratusan ribu tapi ahli qariah ada yang dapur tak berasap. [Sumber: Muntazir via Binusrah]

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

Adakah kisah diatas adalah kisah benar?

Berdasarkan kepada pemerhatian (sekadar pemerhatian di media sosial), ramai yang luah betapa susahnya nak memohon bantuan daripada Pejabat Zakat, Baitulmal, pengurusan Masjid dan sebagainya.

Sudahlah terpaksa keluar modal dulu (urusan pengangkutan dan sebagainya), tapi permohonan belum tentu lagi lulus.

Semoga kisah ini jadi iktibar kepada kita semua.

p/s: Ada yang kata kalau mudah sangat beri bantuan ramai pula yang ambil kesempatan.

Aku Takde Duit Nak Beli Susu Anak, TERPAKSA Ambil Duit Dari GEREJA Kerana Minta Dengan Masjid Banyak Prosedur! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.