Thursday, November 3, 2016

Aku Dah Mati...!!! Status Terakhir Gadis 16 Tahun Ini Jadi Kenyataan

”Aku dah mati...datang kubur raya nie”. Itulah kata kata terakhir seorang gadis remaja bernama Nornadiah Binti Mohd 16 tahun di laman media sosial sebelum maut lemas di sungai perak kampung pulau besar, kampung gajah.

Difahamkam dalam kejadian 4.30 petang tersebut, mangsa dilaporkan berada di tebing sungai bersama 3 anak saudaranya, akan tetapi sewaktu berjalan mangsa tergelincir dan jatuh ke dalam sungai sehingga tidak timbul.


Anggota penyelamat yang dimaklumkan mengenai kejadian itu bergegas ke tempat kejadian dan mencari mencari mangsa. Mayat mangsa akhirnya berjaya ditemui pada keesokkan pagi.

Bagaimanapun dalam status terakhir tersebut, mangsa meminta supaya jasadnya dikebumikan bersebelahan kubur arwah ayahnya.



Menurut apa yang dikongsikan wanita ini, pada mulanya dia sekadar ingin berkongsi status dengan satu gurauan semata-mata. Namun apa yang berlaku tidak disangka-sangka apabila ia manjadi kenyataan.

Dalam status berkenaan mengatakan "Aku dah mati...dtg kubur raya ni..hahaha..mne tau cakap betul jadi kenyang ker..tolong kebumi sebelah kubur arwah ayah aku okay..tolong bce al-fatihah untuk aku okay #ingat ajal ditangan tuhan...

Al-fatihah..

Aku Dah Mati...!!! Status Terakhir Gadis 16 Tahun Ini Jadi Kenyataan Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.