Monday, November 14, 2016

5 Sebab Malaysia PERLU Bimbang Donald Trump Jadi Presiden AS!

Beberapa hari lalu, Donald Trumph telah dilantik sebagai Presiden baru AS sekaligus kemenangannya menimbulkan kebimbangan terhadap kebanyakan negara terutamanya negara Islam. Bukan itu sahaja malah dalam masa sama ia memberi kesan kepada negara kita, Malaysia.


Berikut kami senaraikan lima sebab mengapa anda PERLU merasa bimbang dengan kepimpinan Donald Trump sebagai Presiden AS.

1. Menghalang Rakyat Malaysia Untuk Memasuki AS


Donal Trump membuat kenyataan paling kontroversi mengenai Islam yang mencetus kemarahan di kalangan 1.5 bilion Muslim di dunia apabila dia menyeru kepada pengharaman ke atas orang Islam memasuki AS selepas insiden tembakan di California.

2. Sektor Perdagangan Antarabangsa Akan Terjejas Teruk


Malaysia bakal menjadi negara keempat dalam rantau Asia Tenggara yang paling teruk terjejas berikutan kemenangan Donald Trump beberapa hari lalu, menurut kajian firma terkemuka Nomura Global Economics.

Bloomberg yang memetik kajian itu melaporkan negara paling terjejas adalah Filipina dan diikuti oleh Thailand dan Indonesia.


Aspek yang dijangka terjejas teruk itu ialah jumlah eksport ke Amerika dengan Filipina bakal kehilangan sehingga 15 peratus, Thailand (lebih 11 peratus), Indonesia (sekitar 11 peratus), Malaysia (hampir 10 peratus) dan Singapura (hampir 10 peratus).

3. Malaysia Berdepan Risiko Kehilangan Satu Juta Peluang Pekerjaan


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed pula dipetik Bernama sebagai berkata, Malaysia mungkin berdepan risiko kehilangan satu juta peluang pekerjaan dapat diwujudkan di Malaysia jika Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) gagal untuk dilaksanakan.
“Jika tiada TPPA, maka perkara tersebut tidak akan dihasilkan,” jelas Mustapa sambil merujuk kepada kajian PricewaterhouseCoopers (PwC) yang mengunjurkan satu juta peluang pekerjaan dapat diwujudkan di Malaysia jika TPPA terlaksana.
4. Idea Penubuhan Sebuah Negara Palestin Akan Berakhir

“Kemenangan Donal Trump adalah peluang untuk Israel dengan segera menarik balik penubuhan negara Palestin di tengah negara itu yang akan menjejaskan keselamatan.
“Ini adalah pendirian presiden yang dipilih. Era sebuah negara Palestin berakhir,” kata Menteri Pendidikan Israel, Naftali Bennett.
5. Baitulmaqdis Akan Ditawan Oleh Israel


Donald Trump pernah membuat perjanjian untuk mengubah kedutaan AS di Tel Aviv ke Baltulmaqdis. Trump juga telah berjanji untuk mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

5 Sebab Malaysia PERLU Bimbang Donald Trump Jadi Presiden AS! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.