Wednesday, October 26, 2016

Viral Video Wanita Diragut, Polis Keluarkan Kenyataan MENGEJUTKAN!

Dua beradik ditahan di Kampung Rantau Panjang, Klang awal pagi Selasa kerana dipercayai meragut seorang wanita di Kapar, Klang minggu lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Mohd Yusoff Mamat, suspek yang berumur 28 tahun ditahan di rumahnya sementara abangnya yang berusia 32 tahun ditahan di sekitar kampung berkenaan, antara pukul 2 dan 4 pagi.
"Di rumah suspek, pihak polis menjumpai motosikal dan topi keledar yang dipercayai digunakan semasa meragut. Turut dijumpai ialah beberapa barangan peribadi milik mangsa," katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Yusoff berkata dalam kejadian pada 20 Oktober lepas itu, wanita berumur 56 tahun itu cedera di muka dan badan akibat diragut ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Klinik Kesihatan Kapar.

Beliau berkata melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, suspek yang menaiki motosikal datang dari arah belakang dan cuba meragut beg tangan mangsa menyebabkan wanita itu jatuh tertiarap.
"Oleh kerana suspek gagal meragut beg tangan mangsa, suspek berpatah balik lalu melanggar wanita itu dan berjaya mengambil beg tangan mangsa dan seterusnya beredar dari lokasi kejadian," katanya.
Rakaman berhubung kejadian itu turut tersebar di laman sosial.

Mohd Yusoff berkata adik beradik berkenaan kini direman.

Viral Video Wanita Diragut, Polis Keluarkan Kenyataan MENGEJUTKAN! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.