Wednesday, October 26, 2016

SAYU! Inilah (Gambar) Jururawat Nurul Ain Yang Kini Kritikal Dalam Insiden Kebakaran Hospital Sultanah Aminah

Johor Bahru : Tugasnya tidak boleh dipertikaikan dalam membantu memberi rawatan di tempatnya bertugas. Inilah Nurul Ain Syawqah Wardiah yang gambarnya kini telah viral dilaman sosial.

Beliau merupakan salah seorang Staff di HSA yang ditimpa malang dalam insiden kebakaran pagi semalam di Wad ICU HSA.

Rata-rata netizen di media sosial mendoakan kesihatan jururawat ini yang sanggup menggadai nyawanya demi tugas dan akhirnya dia juga turut ditimpa musibah.


Nurul Ain Syawqah Wardiah berasal dari Termeloh Pahang dan segala identiti mengenai beliau ini tidak banyak didedahkan, mungkin bagi memberi penghormatan pada mangsa dan keluarga.

Mengikut laporan Harian Metro, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam catatan di Facebook, berkata satu-satunya pesakit yang berjaya diselamatkan dari ICU Hospital Sultanah Aminah (HSA), kini berada dalam keadaan kritikal dan dipindahkan ke Unit Kebakaran, Hospital Sultan Ismail.
"Seramai 10 staf (HSA) terjejas oleh kebakaran itu dengan tiga daripadanya dimasukkan ke ICU di Hospital Sultan Ismail. Tujuh yang lain mengalami kecederaan ringan dan sedang dipantau rapi," katanya.





 

Sama-sama kita doakan agar Nurul Ain kembali sembuh.

SAYU! Inilah (Gambar) Jururawat Nurul Ain Yang Kini Kritikal Dalam Insiden Kebakaran Hospital Sultanah Aminah Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.