Sunday, October 30, 2016

Rahsia Awet Muda Zarul Umbrella Yang Ramai Tidak Tahu!

Pasti ramai yang mengenali penyanyi Zarul dari kumpulan rock 90an, Umbrella yang kini berentap dengan penyanyi veteran yang lain dalam program Gegar Vaganza 3 (GV3) yang bermula pada Ahad lepas. 

Namun, pasti ramai yang tertanya-tanya apa rahsia awet muda Zarul walaupun dia kini sudah berusia 43 tahun. Menurut pramugara Malaysia Airline Berhad ini menjelaskan bahawa dia tidak makan makanan segera dan siap diproses seperti ikan tuna dalam tin, sosej dan nuget untuk kekal awet muda.

Malah, Zarul mengatakan makanan-makanan tersebut boleh menyebabkan berat badannya bertambah dan membuatkan penampilannya nampak sedikit berusia.

Rahsia Awet Muda Zarul Umbrella Yang Ramai Tidak Tahu!
“Secara jujurnya saya memang elak makan makanan yang telah diproses mahupun makanan segera dan itu adalah petua awet muda saya.
“Usia dah meningkat, metabolisme dah menurun jadi kenalah elak makanan yang boleh merosakkan badan.
“Kalau dah terpaksa saya akan makan disebabkan kesibukan kerja, tapi saya akan ambil dalam kuantiti yang sedikit,” katanya.
BACA: WOW! Gambar Terkini Anak Yaya Maembong Yang Terlajak COMEL

Tambah Zarul lagi, sebelum ini dia pernah mengalami penambahan berat badan yang melampau iaitu sekitar 80 kilogram.

Rahsia Awet Muda Zarul Umbrella Yang Ramai Tidak Tahu!

Selain mengawal pemakanan, dia juga akan keluar bersenam terutama di gym untuk kekal fit dan sihat.
“Sekarang saya kena kekalkan berat badan saya sekitar 60 hingga 65 kilogram, kalau tak jaga parah jadinya.
“Selain itu penyakit lain boleh datang terutama sekali penyakit tiga serangkai iaitu sakit jantung, diabetis dan darah tinggi,” ujarnya. 

Rahsia Awet Muda Zarul Umbrella Yang Ramai Tidak Tahu!

Rahsia Awet Muda Zarul Umbrella Yang Ramai Tidak Tahu! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.