Monday, October 31, 2016

Perkembangan TERBARU Keadaan Dua Jururawat HSA Yang Terlibat Dalam Kebakaran!

JOHOR BAHRU: Dua jururawat dan seorang pelatih fisioterapi yang cedera dalam kebakaran Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) semakin pulih.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, penggunaan alat bantuan pernafasan (ventilator) telah dicabut.

"Kedua-dua jururawat tersebut kini boleh bernafas seperti biasa, manakala pelatih fisioterapi hanya memerlukan bantuan pernafasan biasa.
"Sementara itu, keadaan seorang pesakit yang kritikal sebelum ini juga semakin stabil namun masih memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi. 

Perkembangan TERBARU Keadaan Dua Jururawat HSA Yang Terlibat Dalam Kebakaran! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.