Thursday, October 27, 2016

Netizen Persoal Isu Isteri Tidak Berhijab, Ini Respon Nabil Ahmad MENGEJUTKAN!

Jika sebelum ini pengacara dan pelawak terkenal Nabil Ahmad dikecam neitzen dek lawak 'bodoh' ketika konsert Gegar Vaganza 3 minggu lalu, kali ini netizen mempersoalkan imej isteri Nabil iaitu Zira yang tidak bertudung meskipun Nabil sudah bergelar Haji. 

Menurut Nabil, beliau tidak mahu memaksa isterinya itu bertudung dan mahu Zira melakukan perkara tersebut dengan rela hati. 
"Sebagai suami, saya mengambil pendekatan diplomatik untuk berbincang mengenai perkara ini dengan isteri. Bahkan sepanjang masa, tidak kiralah secara serius atau berseloroh, saya juga mahukan yang terbaik buat Zira. Begitupun, saya tidaklah sampai ke tahap mendesak hingga membuatkan dirinya berasa seperti terpaksa memakai tudung.
Netizen Persoal Isu Isteri Tidak Berhijab, Ini Respon Nabil Ahmad MENGEJUTKAN!
"Biarlah kesedaran untuk berhijab datang daripada hatinya sendiri, tanpa sebarang tekanan mahupun desakan sesiapa.
"Kalau suatu hari nanti, isteri saya bertudung, biarlah dia kekal istiqamah dengan kewajipan itu. Saya tidak mahu hatinya nanti jadi berbelah-bahagi. Saya juga enggan melihat dia mengenakan tudung kerana terpaksa tetapi kemudian, membukanya kerana berasakan belum bersedia," jelasnya.
Netizen Persoal Isu Isteri Tidak Berhijab, Ini Respon Nabil Ahmad MENGEJUTKAN!
  
Bahkan, Nabil menjelaskan bahwa Zira tidaklah berpakaian terlampau seksi dan masih menjaga kesopanan meskipun tidak bertudung. 
"Dia pun pernah menunaikan umrah sebelum ini. Pasti dia tahu persepsi dan pandangan orang di sekeliling. Kebanyakan bajunya pun berpotongan longgar.  
"Malah, saya sendiri sentiasa berusaha memperbaiki diri untuk menjadi insan lebih baik daripada sebelumnya. Ia termasuk aspek aurat saya sebagai lelaki Islam," tambahnya lagi. 
Apapun, semoga suatu hari nanti Zira terbuka hati untuk berhijab penuh dan doa yang baik-baik sahaja buat mereka. 

Netizen Persoal Isu Isteri Tidak Berhijab, Ini Respon Nabil Ahmad MENGEJUTKAN!

Netizen Persoal Isu Isteri Tidak Berhijab, Ini Respon Nabil Ahmad MENGEJUTKAN! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.