Wednesday, October 26, 2016

Nabil Ahmad Perjelas Punca Sebenar Tolak Tawaran Lakonan

Pengacara Gegar Vaganza 3 (GV3), Nabil Ahmad akui telah menolak lebih lima tawaran berlakon pada tahun ini demi memberi fokus terhadap pengacaraan.

Nabil berkata dia tidak menyesal dengan keputusan tersebut kerana perlu bertanggungjawab terhadap komitmen yang dipikul
"Saya terima banyak juga tawaran berlakon drama dan filem tetapi saya perlu lebih fokus dengan apa yang saya mahu buat sekarang.
"Lagipun jadual saya sudah penuh sehingga hujung tahun ini. Selain GV3, saya terikat dengan MeleTop, penyampai radio Era setiap pagi Sabtu dan Ahad serta yang terbaru, bertindak sebagai mentor peserta Lawak Solo.
"Tambahan pula saya sedar kredibiliti saya. Lakonan saya masih lemah, malah saya rasa jiwa saya belum ada untuk lakonan.
"Saya tak menyesal menolak semua tawaran berlakon itu sekarang kerana saya akan tunggu bila saya sudah bersedia menceburi bidang tersebut secara serius," katanya.


Sementara itu, sebagai pengacara Nabil akui dia turut hadapi cabaran bagaimana mahu penonton duduk di depan televisyen untuk terus menonton rancangan yang dikendalinya.
"Saya sentiasa mencari idea-idea baru untuk penonton supaya mereka boleh setia menonton rancangan yang saya kendalikan.
"Dalam GV3 sebagai contoh, saya memang sengaja menambah elemen komedi supaya ia itu tidak seperti program nyanyian realiti lain yang agak formal" katanya lagi.

Nabil yang ditemani Jihan Muse di dalam GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Nabil Ahmad Perjelas Punca Sebenar Tolak Tawaran Lakonan Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.