Monday, October 31, 2016

Kisah SEBENAR Disebalik Penemuan Empat Mayat Berulat Dalam Semak MENGEJUTKAN!!

BACHOK: Kira-kira jam 6 petang semalam, empat mayat telah ditemui berulat dalam kawasan semak di Kampung Tanjung Hilir, Bekelam yang dipercayai dibunuh sebelum dibuang di kawasan tersebut. 

Kejadian itu disedari penduduk kampung yang dikatakan terhidu bau busuk ketika melalui kawasan semak berkenaan petang semalam.

Difahamkan keempat-empat mangsa dibunuh dengan modus operandi yang sama iaitu muka ditekup dengan plastik, ditikam menggunakan senjata tajam di perut dan dada dan kemudian dibuang di kawasan semak. 

Berdasarkan kesan calar di bahagian badan mangsa dipercayai berlaku pergaduhan sebelum mangsa dibunuh oleh lebih dari seorang suspek. Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail yang berada di tempat kejadian.


Menurut sumber yang dipercayai, kes pembunuhan ini berkaitan dengan kehilangan empat orang warga Myammar yang bekerja sebagai buruh di sebuah tapak projek.  

Pada 26 Oktober lalu seorang penyelia tapak bermana Muhammad Hazazi Bin Roslan, 25 menerima satu aduan dari pekerjanya warga Indonesia memberitahu bahawa 4 orang pekerja yang merupakan warga negara Myanmar telah dibawa lari oleh sekumpulan lelaki bertopeng. 

Kejadian itu berlaku di hostel mangsa di Jalan Kuala Krai Pusat Perniagaan Bandar Baru Tunjung Kg Tunjung Mulung, Kelantan pada 25 Oktober lebih kurang pukul 11.00 malam.

Menurut saksi kejadian, seorang mangsa lelaki warga Myanmar telah keluar dari rumahnya pada jam 9.00 malam dan pergi ke kedai. Pada jam 11.00 malam mangsa pulang kerumah dengan dua lelaki bertopeng salah seorang darinya meletakkan pisau dileher mangsa.


Di dalam rumah berkenan ada empat lelaki warga Myanmar dan tujuh orang lelaki warga Indonesia, saksi berkata setelah dua orang bertopeng itu dan mangsa masuk kedalam rumah, salah seorangnya menjerit, "siapa buddist? Mana lagi buddist?" sambil mengacukan pisau ke arah saksi dan mangsa yang lain.

Selepas itu muncul lima orang lelaki bertopeng dan terus bergelut dengan mangsa. Sebelum suspek keluar rumah membawa ke empat mangsa, salah seorang suspek mengugut dan memberitahu saksi untuk tidak memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis.

Kemudian mangsa dibawa keluar oleh suspek dengan menaiki van berwarna putih dan no pendaftaran tidak pasti serta terus beredar ke arah jalan besar.

Berikut identiti empat mangsa warga Myanmar yang diculik itu. 

1) Maung Maung Soe
T/Lahir: 04.08.1985
Kerja: Buruh (elektrikal)
Alt: Monywa Myanmar

2)Thet Naing Soe
T/Lahir: 10.11.1994
Kerja: Buruh (elektrikal)
Alt: Tatkon Moha,Yangon

3) Thet Naing Win
T/Lahir: 13.11.1986
Kerja: Buruh (elektrikal)
Alt: Tatkon Moha,Yangon

4) Min Zaw Lwn
Umur: lewat 20-an
Kerja: Buruh(elektrikal)
Alt: Myanmar.

Dipercayai kes pembunuhan ini mempunyai kaitan dengan krisis agama yang melibatkan Myanmar Muslim dan Myanmar Buddhist. Bagaimanapun, kita tunggu laporan rasmi dari pihak polis. 

Kisah SEBENAR Disebalik Penemuan Empat Mayat Berulat Dalam Semak MENGEJUTKAN!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.