Tuesday, October 25, 2016

Inilah RESPON Mencuit Hati Amar Baharin Dek Video Gurauan Aaron Aziz 'Kahwin' Amyra Rosli!

Baru-baru ini pelakon Aaron Aziz telah memuat naik video gurauan terhadap Amar Baharin bahawa dia 'kahwin dulu' dengan bakal isteri Amar itu iaitu Amyra Rosli ketika pengambaraan drama terbaru beliau, Tuan Ihsan.

Namun, Amar mengakui bahawa dia ketawa besar selepas melihat video tersebut dan tidak menyangka Aaron rupa-rupanya seorang yang pandai bergurau.
“Saya tak rasa marah atau pun geram tetapi apa yang Aaron buat itu saya rasa comel dan kelakar.
“Sebelum ini saya fikir Aaron seorang yang serius tetapi apabila dia buat video seperti itu, saya rasa dia memang jenis yang selamba.
“Pengikutnya di Instagram pun rasa terhibur dengan dengan video yang dia buat itu,” jelasnya. 

ARTIKEL MENARIK: Dek Lawak 'Bodoh' Nabil, Inilah Respon Elly Mazlein MENGEJUTKAN!

Apabila ditanya mengenai persiapan kahwin beliau dengan Amyra, Amar menjelaskan bahawa hampir 95 peratus siap. 

Bagaimanapun kata Amar masih belum ada debar kerana sibuk dengan kerja-kerja di lokasi penggambaran.
“Buat masa sekarang saya tak rasa apa-apa lagi. Rasa gementar masih lagi diperingkat hijau.
“Mungkin bila tiba masanya nanti perasaan gementar itu akan muncul.
“Apa-apa pun apa yang saya harapkan majlis pernikahan saya bersama Amyra berjalan dengan lancar dan selamat, Amin,” ujarnya.
Penulis mendoakan semoga majlis perkahwinan Amar dan Amyra akan berjalan dengan lancar nanti.


A video posted by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on

Inilah RESPON Mencuit Hati Amar Baharin Dek Video Gurauan Aaron Aziz 'Kahwin' Amyra Rosli! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.