Monday, October 31, 2016

Inilah PUNCA SEBENAR Nazrief Nazri Dikutuk Peminat Tegar Emma Maembong Bikin PANAS!!

Drama Nasi Minyak Kuah Cinta yang kini bersiaran di TV3 menampilkan gandingan Nazrief Nazri dan Emma Maembong sedikit sebanyak menimbulkan rasa kurang senang di kalangan peminat Emma kerana mereka tidak menyukai Nazrief mesra dengan artis kesayangan mereka itu. 

Bahkan Nazrief turut mengakui bahawa dia berasa terganggu dengan sikap segelintir peminat tegar Emma yang menyalahkan dia akrab dengan Emma. 
"Pada mulanya saya okey saja tapi bila lama-kelamaan saya perhatikan kutukan itu berlaku secara berterusan pula. Asalkan saya muat naik gambar dengan Emma saja pasti ada yang hentam saya.
Inilah PUNCA SEBENAR Nazrief Nazri Dikutuk Peminat Tegar Emma Maembong Bikin PANAS!!
"Kononnya mereka tidak suka saya rapat dengan Emma. Tapi sesetengah peminat tegar Emma dan Zizan tidak suka keakraban kami. Padahal kami hanya berlakon bersama dan tidak lebih daripada itu," katanya kepada mStar Online.
Ditanya mengenai kesan situasi itu dengan kekasih Emma iaitu Kamal Adli, Nazrief berkata, dia tidak menghadapi sebarang masalah dengan aktor itu.

"Saya dengan Kamal tiada masalah langsung. Mungkin selepas gosip saya dengan Emma keluar beberapa bulan lalu, timbul salah faham juga di pihak Kamal.
"Tapi lama-kelamaan Kamal nampak dan faham ia sekadar gosip. Malah, gosip itu juga menguatkan semula hubungan Kamal dan Emma," katanya.
Sementara itu, Nazrier berkata, kerjaya seninya bakal berkembang ke bidang nyanyian dalam masa terdekat.
"InsyaAllah kalau tiada aral saya akan masuk studio untuk rakam lagu pertama saya tidak lama lagi. Saya harap semuanya berjalan lancar dan menjadi.
"Nyanyian adalah impian saya dari kecil lagi cuma sebelum ini belum dapat peluang. Jadi apabila ditawarkan oleh syarikat pengurusan untuk cuba menyanyi, saya sangat teruja.
"Saya berharap ia menjadi permulaan yang baik untuk saya diterima dalam bidang nyanyian pula. Namun, lakonan tetap berjalan seperti biasa," katanya.
Inilah PUNCA SEBENAR Nazrief Nazri Dikutuk Peminat Tegar Emma Maembong Bikin PANAS!!


Inilah PUNCA SEBENAR Nazrief Nazri Dikutuk Peminat Tegar Emma Maembong Bikin PANAS!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.