Sunday, October 30, 2016

Inilah PUNCA SEBENAR Nabil Ahmad Kerugian Duit RM200 Ribu MENGEJUTKAN!

Pelawak dan pengacara terkenal Nabil Ahmad mendedahkan bahawa sejak akaun Instagram miliknya bersama isteri, Zira digodam baru-baru ini yang mengakibatkan beliau kehilangan 1.2 juta pengikut, Nabil juga kerugian hampir RM200 ribu. 

Ini kerana kontrak beliau bersama beberapa produk terpaksa dibatalkan kerana pengikut di laman sosial itu kini kurang dari 1 juta apabila Nabil terpaksa membuat akaun baru dan itu termaktub dalam syarat perjanjian mereka. 

Bagaimanapun, Nabil akur dengan ketentuan rezekinya dan menjelaskan bahawa laman sosial merupakan sebahagian dari sumber pendapatannya. 

Inilah PUNCA SEBENAR Nabil Ahmad Kerugian Duit RM200 Ribu MENGEJUTKAN!
"Saya sepatutnya menyambung kontrak dengan satu produk membabitkan jumlah RM150,000. Apabila akaun digodam, kontrak itu tidak dapat disambung kerana antara syarat perjanjian, jumlah pengikut di laman sosial saya perlu melebihi satu juta. Beberapa kontrak lain turut dibatalkan membabitkan jumlah puluhan ribu. 
"Saya juga terpaksa memulangkan wang pendahuluan dan bayaran diterima daripada pengeluar produk kerana kerja promosi yang tidak sempat diselesaikan apabila Instagram digodam. Jumlah kerugian itu bukan kecil, tetapi saya reda kerana mungkin ia bukan rezeki saya," katanya.
BACA: Netizen Persoal Isu Isteri Tidak Berhijab, Ini Respon Nabil Ahmad MENGEJUTKAN!

Meskipun Nabil sudah membuka akaun Instagram baru beberapa minggu lalu namun kini pengikutnya semakin meningkat dan mencecah 170 ribu orang. 
"Alhamdulillah, pengeluar produk sudah mula kembali mencari saya untuk mempromosikan barangan mereka.
"Bukan mahu membanggakan diri, tetapi kebanyakan pengikut saya adalah golongan dewasa yang mempunyai kuasa membeli. Berdasarkan reaksi pelanggan, mereka berpuas hati dengan maklum balas daripada ulasan dan promosi yang saya lakukan," katanya.
Apapun, mungkin ada hikmahnya disebalik kejadian ini dan semoga Nabil dapat meraih semula pendapatan yang hilang itu. 

Inilah PUNCA SEBENAR Nabil Ahmad Kerugian Duit RM200 Ribu MENGEJUTKAN!




Inilah PUNCA SEBENAR Nabil Ahmad Kerugian Duit RM200 Ribu MENGEJUTKAN! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.