Monday, October 31, 2016

Hilang Fokus Ketika Menyanyi, Elly Mazlein DEDAH Sesuatu Yang MENGEJUTKAN Terjadi Kepada Dirinya!!

Jika anda menonton persembahan Elly Mazlein ketika konsert Gegar Vaganza 3 (GV3) semalam, pasti anda tertanya kenapa beliau seakan hilang fokus sehingga lupa lirik ketika menyampai persembahan lagu Perawan atau Janda. 

Menurut Elly, beliau mendedahkan bahawa sudah tiga minggu dia tidak sihat dan sentiasa ulang alik ke klinik untuk mendapatkan ubatan tetapi keadaan kesihatan dia masih sama. Malah, Elly akui dia menerima gangguan ganjil sepanjang menyertai pentas GV3. 

"Sudah masuk tiga minggu sakit saya tidak pulih walhal setiap hari saya ke klinik ambil suntikan dan berubat. Malam tadi pun doktor datang untuk beri rawatan sebelum saya naik ke pentas.
"Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dan ramai menasihatkan agar saya berubat tradisional sebagai salah satu ikhtiar untuk baik," ujarnya.
ARTIKEL MENARIK: Setelah Setahun Jadi Isteri Tunku Jamie, Ini Yang Terjadi Kepada Sarimah Ibrahim Buat Ramai TAK SANGKA!

Bukan itu sahaja, Elly turut berasa pelik ketika di rumah membuatkan dia sentiasa berasa takut.
"Saya tidak boleh cerita banyak, cukuplah saya katakan akan berubat dengan rawatan Islam dengan harapan semuanya kembali seperti biasa," ujarnya.
Sementara itu, penyanyi itu turut berasa sedih dan ralat apabila persembahannya pada minggu ini menghampakan peminat-peminatnya.


Kata Elly, perasaannya berkecamuk dan blur ketika di atas pentas membuatkan dia terlupa lirik lagu.
"Saya sedih kerana menghampakan peminat-peminat saya malam ini, suara saya sengau dan lupa beberapa lirik lagu tersebut kerana blur atas pentas tadi.
"Bagaimanapun, saya anggap rezeki masih berpihak kepada saya kerana terselamat pada malam ini. Insya-Allah doakan saya sihat dan boleh melakukan persembahan terbaik minggu depan," ujarnya.
Apapun, semoga Elly tabah hadapi ujian ini dan diberikan kesihatan yang baik. Selamat maju jaya untuk konsert GV3 minggu depan.


Hilang Fokus Ketika Menyanyi, Elly Mazlein DEDAH Sesuatu Yang MENGEJUTKAN Terjadi Kepada Dirinya!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.