Thursday, October 27, 2016

Gambar Kaki Murid Perempuan Dirantai Di Tiang Cetus Kritikan Netizen!

Semalam tersebar beberapa keping gambar seorang murid perempuan berpakaian seragam sekolah yang kakinya dirantai pada sebatang tiang di sebuah blok apartmen menjadi viral di media sosial.

Gambar itu yang disebarkan di laman Facebook sejak petang semalam menunjukkan kaki kanannya dirantai manakala beg dan botol airnya berada di atas lantai.

Namun tidak dapat dipastikan jika dia ditinggalkan oleh ibu bapa atau penjaganya.


Berdasarkan gambar itu, insiden tersebut berlaku di tempat letak kereta blok kediaman dengan seorang pengguna Facebook mendakwa ia berlaku di sekitar Sunway.

BACA: SEBAK! Coretan Terakhir Pengantin Baru Buat Suami Bagaikan 'Petanda' Bakal Pergi Buat Selamanya

Netizen mengkritik tindakan itu dengan kebanyakan mereka menyalahkan ibu bapa budak perempuan tersebut kerana mengambil pendekatan seperti itu untuk menghukum anak mereka.

Malah, ada segelintir netizen turut berkongsi gambar budak perempuan itu dan menggesa laporan polis dibuat agar tindakan segera diambil.

Gambar Kaki Murid Perempuan Dirantai Di Tiang Cetus Kritikan Netizen!

Gambar Kaki Murid Perempuan Dirantai Di Tiang Cetus Kritikan Netizen! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.