Wednesday, October 26, 2016

Doktor Dedah PERKEMBANGAN TERKINI Keadaan Nurul Ain, Mangsa Tragedi HSA!

JOHOR BHARU: Tragedi kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang berlaku semalam telah mengorbankan enam orang pesakit dan jururawat yang terlibat dikatakan agak kritikal.

Pagi tadi, Jabatan Kesihatan negeri mengeluarkan laporan mengenai jururawat HSA yang cedera dalam kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu dan mengesahkan bahawa mereka kini stabil.

Pengarahnya, Dr Rooshaimi Merican berkata, jururawat berkenaan, Nurul Ain Zulkarnain kini masih dirawat di ICU Hospital Sultan Ismail (HSI).
"Keadaanya stabil, begitu juga dua lagi kakitangan HSA yang dihantar ke HSI untuk menerima rawatan lanjut," katanya.

Malah, ada dakwaan mengatakan bahawa Nurul Ain telah meninggal dunia tetapi berita tersebut tidak benar sama sekali.


Menurut Ketua Polis Daerah Johor Baru (Selatan) Asisten Komisioner Sulaiman Salleh juga mengesahkan ketiga-tiga kakitangan HSA kini dalam keadaan stabil di HSI.

Beliau berkata, mayat enam mangsa yang maut dalam kebakaran itu sudah dituntut keluarga dan saudara mara mereka.
"Tiada jururawat yang meninggal dunia dalam kebakaran itu," katanya sambil mengingatkan orang ramai supaya tidak mempercayai khabar angin sedemikian kerana ia boleh mengguris hati mangsa dan keluarganya.
Sementera itu Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan menantu baginda, Che Puan Khaleeda Bustamam berkenan melawat ketiga-tiga kakitangan HSA itu hari ini. 

Doktor Dedah PERKEMBANGAN TERKINI Keadaan Nurul Ain, Mangsa Tragedi HSA! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.