Sunday, October 30, 2016

Dituduh Hidup Melarat, Ini KISAH SEBENAR Yang Berlaku Kepada Bekas Vokalis Raihan Yang Ramai Tidak Tahu!

Sudah tentu kini anda jarang mendengar lagu nasyid kumpulan Raihan yang pernah popular suatu ketika dulu. Sekadar mengimbau kembali kenangan lalu, Raihan merupakan satu kumpulan nasyid yang popular di zaman 90an dengan lagu-lagu nasyid yang memberi seribu pengajaran buat orang Islam.

Namun, baru-baru ini bekas vokalis kumpulan tersebut iaitu Nazrey Johani dikatakan hidup melarat gara-gara gambar beliau mengadakan persembahan di pasar tani menjadi perbualan hangat netizen.

Hakikatnya, Nazrey menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa apa yang dilihat di laman sosial itu hanya sekadar luaran sahaja. 

“Jangan menilai seseorang itu melalui luarannya sahaja. Tetapi jujurnya saya memang tidak kisah apa juga persepsi orang mengenai diri saya. Melihat gambar saya membuat persembahan di pasar tani, saya juga sebenarnya tidak percaya Allah beri kekuatan buat saya untuk melakukan perkara tersebut”
“Sebenarnya tujuan utama saya turun ke pasar tani itu untuk bertemu dengan orang. Dalam masa yang sama memberitahu mereka mengenai kewujudan Al-Tahfiz Bayu Syahadah yang dibangunkan saya. Jadi tidak salah rasanya untuk saya dalam masa yang sama turun ke pasar itu, untuk meneruskan niat saya ini," jelasnya.

Bahkan, Nazrey mengatakan bahawa dia memerlukan dana untuk tahfiz tersebut supaya sekolah itu berjalan dengan lancar di samping itu menegaskan bahawa dia sebenarnya perlu lebih kaya dari dulu. 
“Saya memerlukan hampir RM20,000 sebulan untuk memastikan sekolah tahfiz itu berjalan dengan baik. Jadi khabar angin mengatakan saya hidup miskin adalah tidak benar. Bahkan saya sebenarnya perlu lebih kaya dari dahulu,” kongsinya kepada Utusan Online.
Nazrey juga mendedahkan bahawa dia masih lagi menerima royalti dari lagu-lagu Raihan meskipun tidak seberapa dan apa yang penting baginya adalah keikhlasan untuk membantu menegakkan syiar Islam di bumi Sabah. 



Dituduh Hidup Melarat, Ini KISAH SEBENAR Yang Berlaku Kepada Bekas Vokalis Raihan Yang Ramai Tidak Tahu! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.