Tuesday, October 25, 2016

Dikecam Netizen Dek Lawak 'Bodoh', Nabil Ahmad Tampil Jelaskan KEADAAN SEBENAR!

Jika sebelum ini pengacara Gegar Vaganza 3 (GV3) dikecam hebat netizen dek lawak yang dikatakan agak kurang ajar terhadap Elly Mazlein ketika konsert minggu kedua yang lalu, Nabil menjelaskan akan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi Elly Mazlein atas keterlanjurannya demi peminat Elly. 

Ini adalah bagi menjernihkan keadaan dan menjaga hati peminat fanatik Elly yang berasa kurang senang dengan lawak yang mengaitkan status janda penyanyi berkenaan.
"Kalau mereka rasa tidak senang dan marah dengan lawak saya itu, saya akan buat permohonan maaf secara terbuka pada malam konsert akan datang supaya ia dapat meredakan marah mereka.
Dikecam Netizen Dek Lawak 'Bodoh', Nabil Ahmad Tampil Jelaskan KEADAAN SEBENAR!

"Saya dan Elly Mazlein tiada apa-apa masalah kerana lawak itu sudah dibuat ketika latihan lagi. Cuma penonton dan peminat sahaja yang tidak boleh terima, jadi saya tidak kisah jika mereka mahu saya buat permohonan maaf kepada Elly asalkan mereka puas hati," ujarnya kepada mstar Online.

Sementara itu, Nabil berkata, dia sememangnya sudah bersedia untuk menerima kritikan netizen sejak bermulanya program realiti nyanyian popular itu.
"Saya sedar orang menonton rancangan ini hanya untuk cari silap kami sahaja dan secara jujurnya saya tidak kisah langsung kerana kecaman itu membuatkan mereka untuk terus menonton.
"Saya tidak kisah dikecam asalkan rating program tersebut meningkat. Ini terbukti pada konsert pertama sahaja penonton meningkat 40 peratus daripada musim kedua lalu," ujarnya.
Bahkan, dia terpaksa mencari cara yang berlainan bagi menjadikan pengacaraannya untuk program ini berbeza daripada program nyanyian lain.

Katanya, dia tidak mahu program tersebut hanya dianggap bagus semata-mata.
"Pada saya lawak kasar saya tidak mengecilkan hati peserta pun kerana peserta rancangan ini semuanya artis yang sudah lama dalam industri hiburan.
"Mereka sudah biasa dengan gosip, jadi apalah sangat dengan lawak saya itu. Rancangan ini hanya lebih kepada drama dan bukan pertandingan nyanyian biasa,"ujarnya.
Apapun, rasanya isu ini tidak perlu dipanjangkan lagi. Lagipun Nabil sudah berjanji akan memohon maaf secara terbuka ketika konsert GV3 minggu depan nanti. 

Dikecam Netizen Dek Lawak 'Bodoh', Nabil Ahmad Tampil Jelaskan KEADAAN SEBENAR!

Dikecam Netizen Dek Lawak 'Bodoh', Nabil Ahmad Tampil Jelaskan KEADAAN SEBENAR! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.