Monday, October 31, 2016

Dikecam Muatnaik Gambar Pegang Anjing, Ini KOMEN BALAS Ramona Zamza Bikin Telinga Panas!

Menjadi kecoh apabila gambar yang dimuatnaik oleh pelakon Ramona menerusi laman Instagramnya menunjukkan dia memegang anjing ketika sedang bercuti bersama suami di Eropah baru-baru ini dikecam hebat oleh netizen.


Gara-gara itu, ada peminat yang bertelagah sesama sendiri malah ada yang menyuruh beliau memadamkan gambar tersebut. Walaubagaimanapun, Ramona Zamzam enggan berbuat demikian kerana menyifatkan apa yang dilakukannya tidak melanggar sebarang kesalahan dari sudut agama.
“Saya sedar ada pengikut yang bergaduh sesama sendiri kerana hal itu dan menyuruh saya membuang gambar tersebut,tetapi saya tidak akan berbuat demikian. Pada saya tidak salah saya pegang anjing tersebut kerana kedua-duanya dalam keadaan kering, lagipun cuaca disana ketika itu sejuk dan kering,” jelasnya.
ARTIKEL MENARIK:- Kisah SEBENAR Disebalik Penemuan Empat Mayat Berulat Dalam Semak MENGEJUTKAN!!


Selain itu, dalam kenyataannya kepada Kosmo!, Ramona menjelaskan bahawa suaminya yang juga merupakan seorang rakyat Palestin hairan dengan sensitiviti masyarakat Malaysia terhadap isu anjing.
“Suami jadi terkejut dengan sikap segelintir masyarakat kita yang seolah-olah terlalu bersikap anti dengan haiwan itu. Dia memberitahu saya, jika di luar negara termasuk negara timur tengah, haiwan tersebut dilayan seperti kucing,” jelasnya.  

Dikecam Muatnaik Gambar Pegang Anjing, Ini KOMEN BALAS Ramona Zamza Bikin Telinga Panas! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.